HomeWorld

Seberani inikah anak-anak kita?

World 1 source 1 country 42m ago

Saya ada lima orang anak perempuan. Jadi bila saya tengok video yang tular minggu ini, saya terduduk lama tanpa cakap apa-apa.Video itu pendek sahaja. Seorang bapa datang ke hadapan sekolah sebab anak lelakinya kena pukul.

Habis tu dia pula yang kena, dipukul sampai jatuh atas jalan.Saya cuba bayangkan kalau itu saya. Sampai di sana bukan saya yang bawa anak balik, tapi saya pula yang kena dipapah. Saya tak sanggup fikir jauh.Saya membesar di flat.

Berebut padang bola pun boleh bergaduh. Kadang-kadang kami bergaduh sebab nak jaga kawan.Tapi ada satu benda yang kami semua faham masa itu. Kalau ada orang tua datang, kami berhenti.

Pak cik sebelah rumah datang pegang bahu pun dah cukup untuk pergaduhan tamat.Bukan sebab takut kena penampar. Tapi sebab masa itu kami memang dididik begitu.Hari ini, seorang bapa yang datang nak selamatkan anaknya sendiri pun boleh kena belasah. Video itu tular tiga minggu selepas kejadian.

Ini yang buat saya fikir lebih panjang.Ketua Polis Serdang Muhamad Farid Ahmad kata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari, pada 3 Julai. Budak berusia 16 tahun itu sedang menuju ke motosikal di luar kawasan sekolah. Dia dipanggil oleh beberapa pelajar dari sekolah yang sama, kemudian dikepung dan dipukul.

Bapanya masuk cuba meleraikan, dia pun kena, sampai jatuh atas jalan.Beberapa orang sudah ditahan. Kes disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.Tengok tarikh itu sekali lagi iaitu 3 Julai. Video baru tular hampir tiga minggu selepas itu.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →