Kenyataan Sanusi Nor dianggap menyinggung perasaan sesetengah pihak namun penganalisis percaya ia tidak akan memberi kesan besar terhadap sentimen pengundi.PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Besar Sanusi Nor mengenai Tanah Melayu mungkin menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu, namun beberapa penganalisis berpendapat kesannya terhadap sentimen pengundi dijangka tidak begitu ketara.Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata masyarakat Cina sememangnya sejak sekian lama kurang menerima PAS, manakala Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia percaya corak pengundian orang Melayu tidak akan berubah secara besar-besaran.Secara umumnya, penganalisis berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu menyukarkan usaha Barisan Nasional (BN) untuk meluaskan sokongan di luar kelompok pengundi Melayu.Mereka juga bersetuju kontroversi itu menyerlahkan perbezaan antara BN dan rakan kerjasamanya, Perikatan Nasional (PN).Pada 23 Julai lalu, Sanusi menyifatkan 'Tanah Melayu' sebagai satu-satunya tanah air orang Melayu, berbeza kaum lain, yang memberi tanggapan kelompok itu boleh kembali ke negara asal nenek moyang masing-masing.Kenyataan itu mendorong Pengerusi BN Zahid Hamidi meminta pengarah pilihan raya PN berkenaan menumpukan perhatian kepada pentadbiran Kedah dan tidak lagi berkempen di Negeri Sembilan.Sanusi bagaimanapun menafikan kenyataan itu sebagai saranan supaya kaum Cina dan India berbuat demikian.Hisommudin Bakar.Hisommudin berkata, kenyataan Sanusi mungkin merumitkan kempen BN, khususnya di kawasan cuba dirampas semula MCA dan MIC daripada komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP dan PKR.“Kenyataannya menyebabkan pengundi Cina dan India menjauhkan diri daripada BN kerana kerjasama pilihan rayanya dengan PN, khususnya PAS,” katanya kepada FMT.Beliau berkata, kontroversi itu turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan sebahagian penyokong Umno, ketika PAS semakin dilihat hanya menumpukan usaha mengukuhkan sokongan pengundi Melayu.“BN secara tradisinya menampilkan dirinya sebagai gabungan berbilang kaum. Imej itu kini terjejas akibat strategi politik yang hanya tertumpu kepada usaha meraih sokongan orang Melayu,” katanya.Menurutnya, kekecewaan Zahid boleh difahami kerana kontroversi itu mengganggu momentum dibina BN sejak kemenangan PRN Johor, apabila gabungan itu memperoleh sokongan daripada pelbagai kaum.Katanya, cabaran BN sekarang …
Summary from source