HomeAsia-Pacific

‘Sepucuk Surat Sebuah Episod’ singkap warkah tokoh Malaysia

Asia-Pacific 1 source 1 country just now

Bukan ia tidak serius dan membimbangkan. Tetapi pada hemat saya, Malaysia tidak perlu terlalu gusar akan tindakan lapan ahli Kongres Amerika Syarikat daripada parti Demokrat tempoh hari. Tentu anda tahu apa yang saya cakapkan ini.

Lapan ahli Kongres AS menggesa Washington mengkaji atau menilai semula hubungan dengan Malaysia khususnya bersabit keselamatan dan ekonomi. Gesaan dibuat menerusi surat kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio bertarikh 21 Julai lalu yang menyatakan mereka melihat pendirian Malaysia terhadap Israel 'membimbangkan'. Lantas mereka mahu Malaysia membatalkan apa yang mereka kata 'dasar anti-Yahudi' kerana 'sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengisytiharkan secara terbuka bahawa negaranya akan memburu dan mengusir warganegara sekutu rapat kami semata mata berdasarkan kewarganegaraan mereka'.

Mereka merujuk kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang disuarakan selepas dakwaan warga Israel menggunakan pasport negara lain untuk masuk Malaysia dan menyertai apa yang dikenali sebagai 'Network School', yakni komuniti 'digital nomad' di Forest City Johor. Pemegang pasport Israel secara amnya tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv. Begitu juga Malaysia tidak iktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Dan umum tahu Malaysia juga untuk sekian lama memang pro-Palestin. Tidak perlulah saya menghuraikan apa yang dituntut dan segala dakwaan lapan ahli Kongres terbabit . Cuma ingin saya nyatakan Kongres AS ialah dewan perundangan terdiri daripada dua dewan, iaitu Senat (House of Senate) dan Perwakilan (House of Representatives).

Keseluruhan ada 535 ahli, yakni 100 senator dan 435 perwakilan. Lapan ahli Kongres daripada Parti Demokrat yang menulis surat kepada Rubio duduk dalam Dewan Perwakilan. Ertinya mereka ahli perwakilan bukan senator.

Saya sekadar memberitahu fakta bukan mahu 'downplay' kedudukan mereka yang sememangnya penting. Pun begitu mereka hanya lapan daripada 435 ahli perwakilan. Maksudnya their so-called cause tidaklah mendapat sokongan their fellow representatives.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →