HomeMiddle East

Serangan AS ‘jenayah perang’, Presiden Iran tuntut tindakan undang-undang antarabangsa

Middle East 1 source 1 country 16m ago

Presiden Iran Masoud Pezeshkian menggesa tindakan undang-undang diambil menerusi pertubuhan antarabangsa berwibawa susulan kerosakan pada infrastruktur pengangkutan Iran. (Gambar EPA Images)TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menggesa tindakan undang-undang diambil menerusi pertubuhan antarabangsa berwibawa susulan kerosakan pada infrastruktur pengangkutan Iran dan menyifatkan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan awam negara itu sebagai contoh jelas "jenayah perang".Semasa lawatan ke Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar pada Ahad, Pezeshkian meneliti situasi terkini infrastruktur pengangkutan dan logistik Iran sebagai sebahagian daripada program pemantauan lapangannya bagi kementerian serta agensi kerajaan, lapor Agensi Berita Republik Islam.Pegawai berkaitan memberi taklimat kepada Pezeshkian berhubung keadaan terminal sempadan, pelabuhan, rangkaian pengangkutan darat, rel, maritim dan udara, serta bekalan dan pengagihan barangan keperluan asas.Menteri Jalan dan Pembangunan Bandar, Farzaneh Sadegh, turut membentangkan laporan terperinci kerosakan dialami pelabuhan, terminal sempadan, jambatan, jalan raya, landasan kereta api, kemudahan logistik dan infrastruktur strategik lain susulan serangan AS.Pezeshkian mengarahkan pembinaan semula infrastruktur rosak dipercepatkan, laluan alternatif diaktifkan serta memperkukuh daya tahan rangkaian pengangkutan dan memastikan perkhidmatan berjalan tanpa gangguan.Beliau memuji kakitangan kementerian itu kerana mengekalkan perkhidmatan pengangkutan, sambil berkata sokongan berterusan orang ramai dan usaha kerajaan akan menggagalkan komplot musuh untuk menjejaskan infrastruktur negara.Pencerobohan AS ke atas Iran terhenti susulan tindak balas tegas yang dilancarkan Angkatan Tentera Iran terhadap pasukan AS di rantau berkenaan.Hampir dua minggu serangan udara AS, jambatan serta jalan raya di selatan Iran dirosakkan dan serangan ke atas infrastruktur negara itu hanya terhenti selepas Tehran mengemukakan doktrin ketenteraan membalas balik secara setimpal.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →