Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, berkata dakwaan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor pada satu ceramah di Jempol semalam disifatkan menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP menyeru pihak berkuasa menyiasat dakwaan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sanusi Nor bahawa kaum Cina dan India di Malaysia mempunyai negara lain, manakala 'Melayu ada Tanah Melayu ini saja'.Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, berkata dakwaan kenyataan Sanusi pada satu ceramah di Jempol, Negeri Sembilan, semalam bersifat menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India yang dilahir, dibesar, dan membina kehidupan mereka di negara ini.Chong menuduh Sanusi, yang juga menteri besar Kedah, menggunakan hubungan kaum sebagai strategi pilihan raya, dan memberi amaran retorik sedemikian berisiko memupuk permusuhan antara kaum serta mengancam keharmonian nasional."Beliau membawa politik Malaysia ke arah yang sangat bahaya dengan memecahbelahkan rakyat antara mereka dikatakan hanya mempunyai satu negara dan mereka yang lain digambarkan mempunyai negara lain," katanya dalam kenyataan."Kami bukan warga China atau India. Kami hanya mempunyai satu negara, hidup di bawah satu Jalur Gemilang, dan menumpahkan taat setia kami hanya kepada Malaysia."Nenek moyang kami telah membantu membina negara ini. Generasi demi generasi telah bekerja, membayar cukai, berkhidmat kepada masyarakat, dan mempertahankan kepentingan Malaysia."Beliau menegaskan, tiada pemimpin politik yang berhak mempersoalkan kesetiaan orang bukan Melayu atau mendakwa golongan itu milik negara lain semata-mata kerana etnik mahupun warna kulit.Chong turut menyeru pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya MCA dan MIC, menjelaskan pendirian memandangkan kenyataan itu didakwa dibuat pada ceramah politik gabungan BN-PN.Katanya, tindakan berdiam diri berdepan retorik berkenaan hanya akan memberi lebih banyak ruang kepada ekstremisme politik berkembang.Beliau juga mendesak Sanusi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.Sanusi dilaporkan media antaranya menyebut "Melayu tak ada dah tanah.
Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.
Summary from source