Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menegaskan tiada kompromi terhadap perlakuan bertentangan nilai integriti dan etika perkhidmatan awam, memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal serta mental warga kerja kesihatan.KOTA KINABALU: Siasatan dalaman ke atas dakwaan salah laku, gangguan seksual dan buli di tempat kerja membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah sudah selesai, dengan tindakan susulan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang.Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan, hasil siasatan jawatankuasa khas yang dilantik Kementerian Kesihatan telah diperoleh, manakala syor tindakan sedang dilaksanakan.Tegasnya, JKNS tidak berkompromi terhadap sebarang perlakuan sedemikian yang bertentangan nilai integriti dan etika perkhidmatan awam, selain memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal serta mental warga kerja kesihatan."JKNS kekal komited memastikan setiap warga kerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran selamat, saling menghormati dan kondusif demi memelihara integriti organisasi serta kebajikan warga kerjanya," katanya dalam kenyataan semalam.Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun dilaporkan berkata, dakwaan gangguan seksual yang tular di media sosial sejak kelmarin sebenarnya membabitkan kejadian yang didakwa berlaku Oktober tahun lalu.Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan sebaik sahaja menerima laporan berhubung dakwaan itu pada Januari lalu dan siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kes berkenaan.
Summary from source