HomeWorld

Syndicate hacks foreign worker pass system, 7 civil servants among 12 arrested

World 1 source 1 country 1m ago

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata individu ditahan termasuk dua pengarah syarikat, empat pegawai imigresen, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Imigresen serta seorang pegawai polis. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Enam pegawai imigresen dan seorang pegawai polis antara 12 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan permohonan pas lawatan kerja sementara (PLKS) secara tidak sah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai imigresen, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Imigresen serta seorang pegawai polis ditahan dalam Ops Crack sejak semalam."Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama imigresen pada petang semalam, 12 individu berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang di Ibu Pejabat SPRM serta Imigresen Pulau Pinang."Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS 2011 tanpa membuat bayaran levi bagi pas yang dikeluarkan dan sebanyak 1,306 PLKS palsu dikeluarkan sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang dianggarkan RM2.4 juta," katanya menurut Berita Harian.Beliau berkata, SPRM turut menggeledah beberapa premis syarikat dan pejabat imigresen di Pulau Pinang serta Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.Menurutnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman.Jelasnya, operasi itu hasil perkongsian maklumat antara Bahagian Perisikan SPRM dan imigresen sejak Mei 2026 di sekitar Lembah Klang serta Pulau Pinang.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →