Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata pihaknya akan mendapatkan dokumen itu dari Dubai, Singapura dan Indonesia menerusi proses bantuan perundangan bersama. (Gambar Bernama)MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti Dubai, Singapura dan Indonesia bagi mendapatkan dokumen menerusi proses bantuan perundangan bersama (MLA) dalam siasatan berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi melaksanakan proses MLA selepas percaya dokumen berkaitan pelaburan itu berada di luar negara.Setakat ini, beliau berkata, SPRM hanya meneliti dokumen diperoleh daripada KWAP dan Kementerian Kewangan (MoF).Menurutnya, siasatan yang bermula secara rasmi 17 Julai lalu itu berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak terlibat, dengan keterangan 20 saksi membabitkan pegawai KWAP, pegawai MoF, anggota Jawatankuasa Pelaburan KWAP serta ahli panel pelaburan sudah diambil."SPRM turut mengutus surat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan kerjasama dalam dua aspek, iaitu mendapatkan perincian melalui Egmont Group of Financial Intelligence Units bagi mengesan kedudukan kewangan dua syarikat di Indonesia dan sebuah di Singapura."Keduanya, kita memohon kerjasama BNM bagi menjalankan semakan laporan transaksi tunai (CTR) dan laporan transaksi mencurigakan (STR) untuk mengetahui kedudukan kewangan pihak berkaitan dalam siasatan itu," katanya dalam sidang media selepas berucap pada perasmian 22nd Secretariat Meeting Of The Asean Parties Against Corruption (Asean-PAC) di sini.Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan proses MLA dijangka mengambil masa lebih lama kerana membabitkan bidang kuasa berbeza serta memerlukan kerjasama negara terbabit."Ini termasuklah merakam kenyataan saksi dari luar negara tersebut dan kita akan mendapatkan kerjasama bagi membolehkan proses MLA itu dapat dijalankan."KWAP dilaporkan melabur USD47.7 juta dalam eFishery pada Julai 2023. Syarikat pemula itu digambarkan sebagai firma akuakultur berasaskan teknologi yang akan memodenkan penternakan ikan dan udang.Pada 16 Julai lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan pelaburan KWAP dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery ialah penipuan terancang kerana pihak pengurusan eFishery memanipulasi laporan kewangannya.Dua hari kemud…
Summary from source