HomeWorld

SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan RCI Tabung Haji

World 1 source 1 country 46m ago

SPRM komited memastikan setiap isu dibangkitkan melalui laporan itu diteliti sewajarnya.PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan kepada umum, semalam.Susulan pendedahan, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar dilantik mengetuai pasukan khas itu untuk meneliti sebarang isu perundangan membabitkan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram mengikut Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) atau mana-mana kesalahan berkaitan."SPRM komited untuk memastikan setiap isu dibangkitkan melalui laporan tersebut diteliti dengan sewajarnya dan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terbabit," katanya dalam kenyataan.SPRM berkata, pihaknya sentiasa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab selaras usaha berterusan memperkukuh tadbir urus negara tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak."Justeru, kerjasama orang ramai diharapkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai apa jua isu sehingga siasatan dapat dilengkapkan sepenuhnya," katanya.Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan ke atas isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, yang antara lain mengandungi syor penambahbaikan pengurusan dan operasinya.RCI itu ditubuhkan pada 2021 dan menyiapkan laporannya pada Julai 2022.Suruhanjaya itu mengesan punca masalah kewangan TH daripada campur tangan politik dalam pelantikan ahli lembaga pengarah, pembayaran hibah yang tidak mampan, serta ketidaktegasan Jabatan Audit Negara dalam dapatannya berikutan kebimbangan terhadap keyakinan penyimpan.Ia menggariskan 25 syor penambahbaikan, dengan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75% daripadanya.Sementara itu, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera meneliti laporan berkenaan bagi memastikan segala aspek siasatan oleh badan penguat kuasa dapat dilaksanakan menyeluruh dan komprehensif supaya pertimbangan sewajarnya dibuat untuk menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan d…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →