HomeWorld

Strategi petroleum Anwar tawar kepastian kepada Sarawak, kata penganalisis

World 1 source 1 country just now

Samirul Ariff Othman berkata, kenyataan Zaid Ibrahim menyerlahkan realiti strategik: kerajaan boleh berubah dan Sarawak tidak boleh buat andaian pendirian Putrajaya akan kekal sama. PETALING JAYA: Keterbukaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memenuhi aspirasi sah petroleum Sarawak menjadi alasan kukuh negeri itu untuk menyokong laluan rundingannya, kata seorang penganalisis. Samirul Ariff Othman berkata, kesediaan Putrajaya meluaskan peranan operasi Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memberi kepastian jauh lebih besar kepada Sarawak mengenai bekalan gas domestik, antara faktor penting memacu pertumbuhan industrinya.

Samirul, yang juga profesor adjung di Universiti Teknologi Petronas, berkata kelonggaran ditawarkan Anwar sepatutnya membuka jalan kepada penerusan penglibatan membina semua pihak ke arah aturan petroleum adil dan mampan. "Pentadbiran sedia ada menunjukkan ia bersedia mencari jalan tengah yang munasabah antara aspirasi Sarawak dan keperluan mengekalkan Petronas sebagai sebuah syarikat minyak nasional yang kukuh dari segi komersial, selain berdaya saing di peringkat antarabangsa," katanya kepada FMT. "Menjadi kepentingan bersama untuk menyokong dan memanfaatkan pendekatan sedemikian." Beliau menegaskan, itu tidak bermakna Sarawak perlu menyerahkan haknya atau mengurangkan cita-cita pembangun seperti dihasratkan.

Sebaliknya, ia mengiktiraf penyelesaian berasaskan rundingan dan peraturan di mana menawarkan kepastian jangka panjang yang lebih besar kepada Sarawak dan Malaysia, berbanding aturan yang bergantung kepada pengaruh politik semasa. Samirul mengulas susulan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, mendakwa kerajaan persekutuan Barisan Nasional–Perikatan Nasional boleh memastikan Petronas kekal kukuh dan mampu berkembang tanpa sebarang halangan. Baru-baru ini, dalam hantaran Facebook, Zaid berkata Umno dan PAS boleh membentuk kerajaan persekutuan diterajui Melayu yang lebih kukuh dengan ruang meluas bagi melaksanakan reformasi negara.

"Kita boleh memastikan Petronas kekal kukuh dan tidak terhalang pertumbuhannya," kata Zaid. Samirul berkata, kenyataan itu menyerlahkan lagi realiti strategik untuk Sarawak: kerajaan boleh berubah, pakatan politik boleh berkembang, dan pendekatan diguna pakai Putrajaya terhadap negeri itu tidak boleh diandaikan kekal sama. "Oleh sebab konfigurasi politik bersifat berubah, Malaysia sepatutnya mengelak membina institu…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →