Keluarga Faizal Abdullah pada mulanya diberitahu dia meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, namun kemudian terima maklumat dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa agar inkues diadakan berhubung kematian tahanan reman Faizal Abdullah, 28, dua minggu selepas dia dihantar balik ke Penjara Seremban dari hospital. Suhakam berkata, inkues itu perlu diadakan bagi mengenal pasti punca kematiannya secara menyeluruh, bebas dan telus.
Menurut suruhanjaya itu, langkah ini amat penting terutamanya dalam kes kematian dalam tahanan atau pusat tahanan lain, di mana pelbagai persoalan mungkin timbul mengenai cara tahanan tersebut dilayan, dijaga dan dipantau. "Inkues bertujuan menentukan punca dan keadaan kematian, serta membantu memastikan persoalan mengenai layanan, penjagaan dan pemantauan tahanan dapat diteliti secara terbuka," kata Suhakam dalam kenyataan kepada FMT. Suhakam juga berkata, semua rekod dan bahan berkaitan kematian Faizal mesti dipelihara, termasuk rekod perubatan, rekod penjara, log pergerakan, rakaman CCTV dan dokumen lain yang diperlukan untuk sebarang siasatan atau prosiding mahkamah.
Bulan lepas, kakak Faizal, Rafeya berkata, keluarganya masih tidak tahu jenis rawatan yang diterima Faizal di penjara, sebab dia dihantar semula ke penjara pada 4 Jun, atau di mana dia meninggal dunia pada 20 Jun. Faizal dilaporkan sakit teruk ketika menunggu laporan kimia untuk kes dadah. Dia didakwa pada 6 Feb lalu atas tiga tuduhan berkaitan dadah membabitkan ganja dan metamfetamin.
Setelah kesihatannya merosot ketika dalam tahanan, Faizal dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar pada 11 April. Rafeya berkata, pada satu ketika, keluarga diberitahu bahawa tulang belakang adiknya cedera dan dia mungkin perlu dibedah segera. Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan bahawa pembedahan tidak diperlukan.
Katanya, Faizal dihantar semula ke Penjara Seremban walaupun masih lemah dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Apabila keluarganya pergi melawat pada 18 Jun, mereka hanya ditunjukkan video Faizal atas alasan dia terlalu lemah untuk keluar dari selnya. Apabila keluarganya mendesak untuk berjumpa dengannya, dia dibawa keluar menggunakan kerusi roda.
Rafeya berkata, adiknya yang berada dalam keadaan sangat lemah menangis dan mengadu sakit belakang. Dua hari kemudian, Rafeya menerima panggilan…
Summary from source