Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah 'tepukan diterima hari ini sering kali berakhir di pusara yang sunyi'. (Gambar fail)PETALING JAYA: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dukacita dengan anak muda memilih jalan raya sebagai pentas kemasyhuran dan mengganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan.Baginda bertitah, lebih mendukacitakan apabila budaya tidak bermoral itu diraikan di media sosial.“Beta amat berdukacita melihat masih wujud segelintir anak muda memilih jalan raya sebagai pentas mencari kemasyhuran, menjadikan deruman enjin sebagai lambang keberanian dan menganggap perlumbaan haram sebagai kebanggaan.“Lebih mendukacitakan apabila budaya tidak bermoral ini diraikan di media sosial. Aksi berbahaya dipertontonkan untuk meraih pujian dan perhatian sedangkan hakikatnya, tepukan diterima hari ini sering kali berakhir dengan tangisan ibu bapa, penyesalan yang tiada penghujung dan pusara yang sunyi,” titah baginda menurut Bernama.Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan.Yang turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda memandang serius isu lambakan warga asing termasuk pelarian Rohingya dan menitahkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dengan meruntuhkan struktur bangunan, khususnya di tanah kerajaan jika terdapat penempatan haram oleh golongan itu.Baginda juga menyeru kerajaan persekutuan terus memperkukuh kawalan sempadan negara, memperketat proses kemasukan warga asing, mempercepat penghantaran pulang pendatang tanpa izin serta mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat.“Malah, pada hemat beta, langkah yang paling berkesan ialah membendung isu ini dari pintu masuk negara, khususnya di perairan negara sebelum mereka berjaya bertapak dan membentuk penempatan.“Mencegah di sempadan jauh lebih berkesan daripada merawat apabila keadaan telah menjadi rumit,” titah baginda.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seru rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tular di media sosial atau naratif bangkit sentimen tertentu. (Gambar Facebook Kesultanan Pahang)KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan setiap inci tanah negeri wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk penerokaan, pencerobohan atau penguasaan secara haram.Al-Sultan Abdullah bertitah, dalam soal kedaulatan tanah dan maruah Pahang, baginda tetap berpendirian bahawa undang-undang perlu ditegakkan tanpa gentar, pilih kasih dan kompromi.“Ini kerana apabila undang-undang mula dipilih-pilih untuk dilaksanakan, ketika itulah keadilan mula kehilangan maknanya dan apabila keadilan rebah, maruah sesebuah negeri turut runtuh bersamanya,” titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz di sini hari ini.Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Pada istiadat sama, baginda turut mengumumkan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Mohammad Nizar Najib sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang yang baharu.Bertitah lanjut, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tular di media sosial atau naratif yang sengaja dibentuk bagi membangkitkan sentimen tertentu.“Lebih mendukacitakan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menjadi api dalam sekam, kelihatan seolah-olah memperjuangkan nasib rakyat tetapi hakikatnya mengeruhkan keadaan, menggalakkan penerokaan haram dan mengambil kesempatan daripada kekeliruan yang berlaku.“Ada yang berselindung di sebalik nama pertubuhan (atau) pentas politik, malah tidak terkecuali mereka yang menggunakan kedudukan dan pengaruh tertentu untuk mencampuri urusan penguatkuasaan,” titah baginda.Menurut beginda, perbuatan begitu bukan suatu perjuangan, sebaliknya pengkhianatan terhadap kepentingan negeri dan keluhuran undang-undang.“Sesiapa menghasut rakyat supaya melanggar undang-undang, menjadi pelindung kepada penceroboh, menyebarkan fakta mengelirukan atau sengaja mengapi-apikan keadaan demi kepentingan tertentu hendaklah disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” titah Al-Sultan Abd…
Summary from source