HomeMiddle East

Gesaan semak hubungan AS-Malaysia susulan larangan kemasukan warga Israel ‘tersasar’, kata PM

Middle East 1 source 1 country 16m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu dengan Ismail Haniyeh semasa lawatan kerja ke Qatar pada Mei 2024. (Gambar Facebook) SEREMBAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan lapan penggubal undang-undang AS bahawa anggota Hamas berlatih di Malaysia dan kerajaan persekutuan ‘mengalu-alukan pengganas sambil menyasarkan orang Yahudi’. “(Dakwaan ini) tidak berasas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Lapan penggubal undang-undang AS itu, yang sebelum ini menggesa Washington agar mengkaji semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia berikutan dasar kerajaan yang menghalang rakyat Israel daripada memasuki negara ini, mendasarkan dakwaan mereka atas laporan sebuah institut penyelidikan anti-keganasan Israel. AS mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas. Anwar berkata, beliau malah telah memaklumkan kepada Presiden AS Donald Trump mengenai pertemuannya dengan seorang pemimpin Hamas.

“Tiada apa yang pelik (tentang hubungan dengan Hamas),” katanya. Pada Mei 2024, Anwar bertemu dengan Ismail Haniyeh semasa lawatan kerja ke Qatar, di mana beliau merakamkan ucapan takziah atas kehilangan beberapa ahli keluarganya yang terkorban dalam serangan udara Israel pada April. Pada 2015, kerajaan menafikan dakwaan oleh Shin Bet, perkhidmatan rahsia Israel, bahawa Malaysia digunakan sebagai medan latihan bagi pelajar Palestin untuk menyerang aset Israel.

Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dakwaan sedemikian bukan sahaja ‘mengarut’, malah bertujuan mencipta alasan untuk memusuhi Malaysia, satu strategi yang sering digunakan terhadap negara-negara yang tidak disukai Israel. Anwar Ibrahim berkata anggota Kongres AS yang menggesa Washington mengkaji semula hubungan ekonominya dengan Malaysia tidak mengikuti perkembangan semasa dunia. SEREMBAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan gesaan supaya Amerika Syarikat (AS) mengkaji semula hubungan keselamatan dan ekonominya dengan Malaysia susulan dasar Putrajaya melarang warga Israel memasuki negara ini sebagai ‘tersasar’.

Anwar berkata lapan anggota Kongres AS yang mengemukakan cadangan itu jelas tidak mengikuti perkembangan semasa dunia. “Banyak negara mengenakan sekatan sedemikian, dan Malaysia sudah melaksanakannya sejak berdekad lalu. “Sekarang mereka mengambil kesempatan untuk mengugut saya dan Malaysia, selain mendesak kerajaan AS mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, dilaporkan anggota Kongres berkenaan menggesa Setiausaha Negara AS Marco Rubio mempertimbangkan penggantungan dana latihan ketenteraan kepada Malaysia susulan kenyataan Anwar bahawa warga Israel yang ditemui berada di negara ini akan dihantar pulang. Dalam surat bertarikh 21 Julai, ahli Dewan Perwakilan AS daripada Parti Demokrat yang diketuai Ahli Kongres Ohio Greg Landsman berkata, keengganan Malaysia mengiktiraf Israel sudah cukup ‘membimbangkan’. Mereka turut menyifatkan sebagai tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengumumkan secara terbuka bahawa negaranya akan “memburu dan mengusir warga sekutu rapat kami hanya berdasarkan kewarganegaraan mereka”.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →