HomeWorld

Tarik undi PN lagi penting bagi MCA banding hakis sokongan DAP, kata penganalisis

World 1 source 1 country 46m ago

Calon BN DUN Chennah Siow Kong Choon berkata undi masyarakat Cina bukan lagi 'deposit tetap' DAP. PETALING JAYA: Keupayaan MCA menarik sokongan penyokong Perikatan Nasional dilihat lebih penting daripada sekadar menghakis undi DAP jika Barisan Nasional mahu mencipta kejutan di Chennah pada PRN Negeri Sembilan, kata penganalisis. Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, pengalaman PRN Johor menunjukkan MCA sukar memperoleh sokongan masyarakat Cina secara menyeluruh, justeru sedikit peralihan undi daripada kelompok itu sudah boleh dianggap sebagai kejayaan.

“Apa yang berlaku di Johor, kalau setakat dapat mengalirkan sedikit undi masyarakat Cina, bagi MCA sudah menjadi satu kejayaan. “Yang paling penting buat PRN kali ini ialah MCA berjaya membawa kepada peralihan undi daripada PN kepada MCA. Kalau benda itu berlaku, maknanya MCA dengan mudah akan dapat memenangi kerusi tersebut,” katanya kepada FMT.

Katanya, strategi itu lebih signifikan kerana kerusi majoriti Cina di Negeri Sembilan mempunyai corak pengundian berbeza berbanding Johor. “Di Johor banyak kerusi campuran dan majoriti kemenangan DAP tidak besar. Tetapi, di Negeri Sembilan kerusi-kerusi DAP kuat kerana peratusan masyarakat Cinanya tinggi.

“Katakanlah sokongan masyarakat Cina kepada DAP turun kepada 70% sekali pun, DAP tetap akan menang kerusi tersebut kerana komposisi pengundi di sana,” katanya. Lau mengulas kenyataan calon BN DUN Chennah, Siow Kong Choon, undi masyarakat Cina bukan lagi 'deposit tetap' DAP dan percaya pengundi kini lebih rasional membuat pilihan berdasarkan calon serta prestasi, bukannya sentimen politik semata-mata. Pertembungan satu lawan satu dengan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, mewakili Chennah sejak 2013 dan dalam misi mempertahankan kerusi itu buat penggal keempat, antara menjadi tumpuan dalam PRN kali ini.

Loke memenangi DUN itu dengan majoriti 2,200 undi pada PRN 2023. Sementara itu, Chin Yee Mun dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berpandangan pengundi Cina tidak pernah menjadi 'deposit tetap' kepada mana-mana parti kerana corak sokongan mereka boleh berubah mengikut perkembangan politik semasa. “Kita pernah melihat perubahan besar pada PRU 2008 apabila sokongan masyarakat Cina beralih daripada BN kepada DAP dan sekutunya.

Kini, selepas tiga pilihan raya umum, terdapat petunjuk berlaku perubahan lagi sepert…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →