Home › World

'No one will be protected', says Fadhlina following death of sports school student

World 1 source 1 country 22m ago

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah semalam.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata permohonan reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Seremban."Polis memohon reman terhadap remaja berkenaan pagi tadi dan pihak mahkamah membenarkannya selama enam hari bermula hari ini sehingga 1 Okt," katanya menurut Harian Metro.Terdahulu, beliau dilaporkan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Pihak polis juga sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian," katanya menurut Berita Harian.Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 8 malam tadi di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah."Polis ingin memaklumkan satu kejadian mendatangkan cedera terhadap seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun."Mangsa dikatakan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan disahkan meninggal dunia."Terdahulu, keluarga mangsa mendakwa pelajar terbabit dipukul di asrama sekolah, namun dakwaan itu belum disahkan polis.Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar.Tegasnya, polis memandang serius sebarang kejadian keganasan membabitkan pelajar, khasnya mengakibatkan kehilangan nyawa."Keutamaan pihak polis untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya yang menyeru individu mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Fadhlina Sidek bertemu dengan keluarga pelajar Tingkatan 2 yang meninggal dunia di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah.

(Gambar Facebook)PETALING JAYA: Tiada pihak akan dilindungi sekiranya siasatan mendapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Pada masa sama, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan serta pematuhan tatacara di sekolah berkenaan.“Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan,” katanya dalam kenyataan.Fadhlina berkata beliau turut hadir ke sekolah berkenaan pagi ini untuk bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta polis bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian dan tindakan yang telah diambil.Beliau berkata siasatan polis sedang berjalan dan dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.Katanya, KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.Awal hari ini, polis mengesahkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah meninggal dunia semalam, dengan kes masih dalam siasatan.Keluarga mangsa mendakwa pelajar berkenaan dipukul ketika berada di asrama sekolah, namun dakwaan itu masih belum disahkan polis.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →