HomeWorld

Timbalan tiada kuasa buat keputusan bagi pihak exco, kata Onn Hafiz

World 1 source 1 country 38m ago

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, mempertahankan pelantikan timbalan exco susulan kritikan beberapa wakil rakyat PH. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pelantikan timbalan exco tidak mewujudkan sebarang kuasa eksekutif baharu, kata Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, bagi menjawab kritikan beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan.Onn Hafiz menerangkan timbalan berkenaan -- 10 orang semuanya -- bukan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan tidak menghadirinya.Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak exco, dan tidak mempunyai kuasa meluluskan dasar, kewangan atau apa-apa keputusan eksekutif."Lantikan ini bukan bertujuan menambah jawatan politik atau memperbesar birokrasi kerajaan. Sebaliknya, ia diwujudkan bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran supaya pelaksanaan dasar, pemantauan projek serta penyelesaian isu-isu rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan," menurut kenyataan.Menyusuli PRN Johor pada 11 Julai lalu, kerajaan negeri baharu buat pertama kali melantik 10 timbalan exco, yang akan membantu exco masing-masing dalam memantau pelaksanaan projek dan program, menyelaras tindakan di lapangan, serta mempercepat penyelesaian isu-isu rakyat.Adun Senai, Wong Bor Yang, bagaimanapun berkata keutamaan sepatutnya diberikan kepad usaha mengurangkan birokrasi dan karenah pentadbiran, bukannya mewujudkan jawatan baharu, yang kuasa serta fungsi tidak diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan negeri.Onn Hafiz menjawab pelantikan 10 timbalan berkenaan dibuat "dalam ruang kuasa pentadbiran kerajaan negeri", mengambil kira kemampuan kewangan negeri dan hanya melibatkan implikasi kewangan yang minimum, dengan penggunaan aset serta kemudahan sedia ada.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →