Ketua Penerangan Wawasan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, penyokong kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan mahu lihat kerjasama itu jadi lebih konkrit menjelang PRU16.PETALING JAYA: Formula pilihan raya Barisan Nasional-Perikatan Nasional yang membawa kemenangan di Negeri Sembilan boleh berkembang menjadi 'tsunami biru' di seluruh negara pada PRU16 nanti, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Ketua penerangan Wawasan itu berkata, keputusan itu mencerminkan sokongan terhadap gabungan BN-PN yang lebih meluas berbanding 'gelombang hijau' diterajui PAS, menegaskan bahawa defisit kepercayaan yang semakin meningkat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mendorong pengundi beralih kepada BN-PN.“Saya percaya tsunami biru yang sebenar akan berlaku. Saya tak rasa ia gelombang hijau, sebaliknya gelombang biru,” katanya dalam temu bual bersama BFM hari ini.Beliau berkata, kerjasama antara BN dan PN di Negeri Sembilan telah mencetuskan sikap optimis dalam kalangan penyokong pelbagai kaum.“Mereka mahu lihat kerjasama ini jadi lebih kukuh menjelang PRU16,” katanya.Gabungan BN-PN memenangi 25 kerusi daripada 36 kerusi DUN di pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, dengan BN memperoleh 18 kerusi dan PN tujuh kerusi. Baki 11 kerusi dimenangi PH.Wawasan, yang bertanding dengan tiket PN, menang tiga daripada empat kerusi yang ditandinginya dalam kemunculan sulung pilihan rayanya, manakala Bersatu gagal menang sebarang kerusi.Wan Fayhsal juga berkata, langkah bertanding di bawah logo PN telah mengukuhkan prospek Wawasan.
Beliau menjangkakan keahlian parti itu akan terus meningkat selepas tampil sebagai parti berbilang kaum.Ditanya sama ada hayat politik Bersatu, parti di mana beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai ketua Pemuda dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, sudah tamat selepas kalah teruk di Negeri Sembilan dan Johor, beliau menjawab: “Ya, mereka kini ibarat nyawa-nyawa ikan.”Beliau mengakui, usaha mempraktikkan model BN-PN di negeri lain akan memerlukan rundingan kerusi, tetapi katanya, faktor penyandang mampu menawarkan formula yang berkesan.“Akan ada ruang untuk rundingan dalam kalangan pemimpin tertinggi mengenai pembahagian kerusi, tetapi saya rasa semuanya akan berjalan lancar untuk kita semua di negeri-negeri lain,” katanya. Wawasan information chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal said supporters of the cooperation between BN and PN in Negeri Sembilan would like to see the collaboration become more concrete as GE16 approaches.PETALING JAYA: Wawasan information chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal says the Barisan Nasional-Perikatan Nasional electoral formula that delivered victory in Negeri Sembilan could evolve into a nationwide “blue tsunami” in the 16th general election.Wan Fayhsal said the results reflected support for the broader BN-PN alliance rather than a PAS-led “green wave”, arguing that a growing trust deficit in the Pakatan Harapan government had driven voters towards BN-PN.“I believe it will be a real blue tsunami coming. I don't think it is a green wave, but a blue wave,” he said in an interview with BFM today.He said the cooperation between BN and PN in Negeri Sembilan had generated optimism among supporters of all races.“They would like to see this collaboration become more concrete as GE16 approaches,” he said.The BN-PN alliance won 25 seats in the 36-member state assembly, with BN securing 18 seats and PN seven.
PH won 11 seats.Wawasan, which contested under the PN banner, won three of the four seats it contested in its electoral debut, while Bersatu failed to win a single seat.Wan Fayhsal also said contesting under the PN banner had strengthened Wawasan's prospects. He expected the party’s membership to continue growing after positioning itself as a multiracial party.Asked if Bersatu, where he previously served as youth chief and Supreme Council member, was politically finished after its wipeout in Negeri Sembilan and Johor, he replied: “Yes, they are dead men walking now.”He acknowledged that replicating the BN-PN model in other states would require negotiations over seat allocations, but said incumbency could provide a workable formula.“There will be room for negotiations among the top leaders on seat allocations, but I think things will be smooth sailing for all of us in the other states,” he said.
Summary from source