Home › World

Tuanku Muhriz officially proclaims Azrin Khairi as 17th undang Luak Jelebu

World 1 source 1 country 29m ago

Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir proclaiming Azrin Khairi as the 17th undang of Luak Jelebu at Istana Besar Seri Menanti, witnessed by members of the royal family. (Information department pic)PETALING JAYA: Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir today officially proclaimed Azrin Khairi as the 17th undang of Luak Jelebu at a ceremony held at Istana Besar Seri Menanti.The ceremony was attended by the Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, and members of the royal family, including Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz and Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.Also present was Negeri Sembilan state secretary Zafir Ibrahim.Menteri besar Ismail Lasim was absent, Sinar Harian reported.Azrin, 51, succeeds Maarof Mat Rashad, who was removed as a chieftain effective May 31, 2023.It was reported on Aug 29 that the Pahang Telekom Malaysia senior general manager was appointed and proclaimed as the 17th undang of Luak Jelebu.On Monday, it was reported that Tuanku Muhriz had decided not to attend the Conference of Rulers meeting, which starts today, as he wanted to focus on issues in Negeri Sembilan, particularly the matter involving the undang of Luak Jelebu.Bernama later reported that Tuanku Muhriz, in his royal address at the ceremony, said disputes over royal succession in the state must be resolved in accordance with adat (customary law) and the law, rather than personal interests.He stressed that the royal institution’s authority must be upheld through integrity, justice and responsibility, warning that violating established customs could undermine public confidence and threaten the state's stability.Tuanku Muhriz said Adat Perpatih and the law formed the foundation of the ruler’s position and succession to the state’s throne. He said adat institutions, including the Undang Yang Empat, Lembaga, Ibu Soko, Buapak and Anak Buah, were an important heritage passed down through generations to preserve tradition and maintain stability.“Those who, over the past several months, have taken actions that sparked disputes over rules of succession in the name of defending adat must understand that adat cannot be defended by violating its own rules.“Such actions not only risk undermining the authority of customary institutions and the palace b…

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Azrin Khairi sebagai Undang Luak Jelebu, di Istana Besar Seri Menanti, hari ini. (Gambar Japen Negeri Sembilan)PETALING JAYA: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Azrin Khairi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17, dalam istiadat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.Istiadat penuh tradisi itu turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Zafir Ibrahim serta ketua jabatan kerajaan negeri.Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain al-'Abidin.Tuanku Muhriz dalam titahnya berkehendak institusi Raja hendaklah dipelihara berlandaskan integriti, keadilan dan tanggungjawab.Justeru, baginda bertitah supaya sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta mestilah diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan, bukannya mengikut kepentingan atau kehendak peribadi.“Sehubungan itu, pihak-pihak yang sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengambil tindakan sehingga menimbulkan pertikaian terhadap aturan warisan atas alasan mempertahankan adat perlu memahami bahawa adat tidak boleh dipertahankan dengan melanggar aturan adat itu sendiri.“Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan kewibawaan institusi adat dan istana, malah berisiko menggugat kestabilan negeri serta menghakis kepercayaan rakyat,” titah baginda menurut Bernama.Baginda turut bertitah supaya sejarah dijadikan pedoman dan iktibar selain mengingatkan agar kepentingan diri tidak mengatasi kebenaran dan keadilan sehingga keselamatan, kesejahteraan serta warisan yang dipelihara turun-temurun menjadi korban.“Adat bukan sekadar warisan untuk dibanggakan tetapi amanah yang wajib dipelihara dan dipertahankan dengan tanggungjawab. Masa depan dan kestabilan negeri bergantung pada kesediaan kita menghormati adat, mematuhi undang-undang, dan meletakkan kepentingan negeri mengatasi kepentingan peribadi demi generasi akan datang,” titah baginda.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →