HomeWorld

NS Government Secretary's Office will not take gazette action

World 1 source 1 country 30m ago

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merujuk kepada kenyataan AGC yang antara lain menyatakan proklamasi bertarikh 19 April, berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir seabgai Yang Dipertuan Besar, adalah tidak sah.PETALING JAYA: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan ia tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan terhadap proklamasi berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Katanya, ia akur dengan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pengumuman oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkenaan proklamasi bertarikh 19 April itu.Terdahulu, Menteri Besar Ismail Lasim memberitahu pemberita bahawa setiausaha kerajaan negeri diminta meneruskan proses mewartakan proklamasi itu mengikut peraturan sedia ada.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata ia telah merujuk kepada penasihat undang-undang negeri bagi memastikan apa jua tindakan yang perlu diambil akan dilaksanakan mengikut undang-undang semasa dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri (UUTKNS).Ia juga mengambil kira kenyataan AGC yang antara lain menyatakan proklamasi bertarikh 19 April itu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS."Pentadbiran ini akur dengan pandangan AGC bahawa ahli-ahli MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti mahupun kuasa di bawah UUTKNS untuk membuat pengumuman berkenaan proklamasi tersebut."Selain daripada itu, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli MMKN untuk bersandar kepada Proklamasi bertarikh 19 April bagi pengumuman mereka."Berdasarkan perkara-perkara di atas dan keseluruhan kenyataan media AGC pada 17 Sept, pentadbiran ini menerima nasihat berkenaan dan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan terhadap proklamasi tersebut kerana tindakan sedemikian akan menjadi suatu tindakan yang tidak sah serta tidak berperlembagaan," menurut kenyataan.Semalam, MMKN Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.Menurutnya, proklamasi 19 April ditandatangani serta dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.Menurutnya lagi, proklamasi itu ditandatangani Menteri Besar Ismail Lasim pada 3 Ogos, menjadikan proklamasi itu sempurna me… Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pulang ke tanah air malam ini dan berkata baginda akan kembali ke istana bagi menyelesaikan kemelut berhubung kedudukannya.Ketika ditemui selepas tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baginda mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan kepadanya.“(Saya) nak ucap terima kasih atas sokongan yang kuat,” titah baginda.Ditanya sama ada baginda akan kembali ke istana, Tuanku Muhriz menjawab: “Balik istana, mana nak pergi lagi.”Ketika ditanya sama ada kepulangannya bertujuan menyelesaikan masalah di istana, baginda berkata: “Ya, insya-Allah, insya-Allah. Terima kasih semua ya.”Kepulangan baginda di tengah-tengah kemelut berhubung kedudukannya sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semakin memuncak, dengan kira-kira 300 penyokong hadir di KLIA bagi menzahirkan sokongan.Semalam, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz bertarikh 19 April adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.Menteri Besar Ismail Lasim hari ini mengesahkan keputusan itu dibuat sebulat suara dan setiausaha kerajaan negeri diarahkan meneruskan proses pewartaan.Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan keputusan exco itu tidak mempunyai kesan undang-undang kerana kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa menentukan kedudukan Yang Dipertuan Besar, sambil menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai pemerintah negeri.Dalam perkembangan terbaru hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) pula berkata pengumuman exco berhubung kedudukan Tuanku Muhriz tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang.Menurut AGC, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 untuk membuat pengumuman itu.AGC turut berkata, tiada asas di sisi undang-undang untuk exco bersandar kepada proklamasi 19 April bagi membuat pengumuman berkenaan.Tindakan mewartakan atau melaksanakan proklamasi itu juga disifatkan tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →