Sanusi Nor berkata ucapannya di Jempol pada 23 Julai lalu tidak sepatutnya dijadikan sebagai seruan menghalau, menolak atau menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menafikan kenyataannya, orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu bertujuan mempersoalkan kewarganegaraan atau hak rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.Beliau berkata, ucapannya di Jempol pada 23 Julai lalu merujuk kepada hubungan sejarah orang Melayu dengan Tanah Melayu, selain kebimbangannya terhadap kedudukan politik dan ekonomi masyarakat berkenaan.Katanya, rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India yang menjadi warganegara mempunyai hak perlembagaan, kesetiaan serta rasa kepunyaan terhadap negara ini.“Malaysia ialah tanah air mereka sebagai warganegara,” katanya dalam kenyataan.Sanusi turut menjelaskan, pengiktirafan terhadap Tanah Melayu sebagai tanah air sejarah orang Melayu tidak bermaksud rakyat bukan Melayu tidak mempunyai hak terhadap Malaysia.Beliau turut menafikan ucapannya sebagai seruan supaya masyarakat Cina atau India meninggalkan negara ini.Katanya, dalam bahagian lain ceramah berkenaan, beliau turut menyatakan orang Melayu boleh hidup secara aman dan harmoni bersama masyarakat berbilang kaum."Saya menyebut peniaga Cina boleh membuka kedai dan berniaga dalam kampung Melayu tanpa diganggu, sambil menegaskan: 'Kita tak kacau orang'"."Oleh itu, ucapan saya perlu dibaca sebagai kebimbangan mengenai kedudukan politik dan ekonomi Melayu, bukan seruan rakyat Malaysia berketurunan Cina atau India meninggalkan negara ini," kata pemimpin PAS itu.Dalam ceramah itu, beliau berkata: “Melayu takdak dah tanah, Melayu ada Tanah Melayu ni saja. Orang Cina ada China…Melayu di mana? Melayu di sini saja.”Menurut Sanusi, kenyataan itu menghubungkan identiti sejarah Tanah Melayu dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu serta keperluan masyarakat Melayu mengambil berat terhadap perkembangan politik semasa.Beliau berkata, ungkapan Tanah Melayu satu-satunya tanah air orang Melayu bukan gagasan baharu atau doktrin perkauman yang diciptanya.Sebaliknya, Sanusi memetik ucapan tiga tokoh British yang direkodkan dalam Hansard Parlimen United Kingdom pada 1946, 1949 dan 1957 bagi menyokong hujahnya.Antaranya Oliver Stanley yang menyifatkan Tanah Melayu sebagai 'tanah air tradisional orang Melayu', Lord Killearn yang …
Summary from source