HomeWorld

Umno does not need a new alliance, will remain with BN, says Mohamad

World 1 source 1 country 55m ago

Umno tidak mahu terikat atau mengikat mana-mana pihak, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.KUALA LUMPUR: Umno tidak memerlukan perikatan politik baharu dan akan terus kekal bersama Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.Bagaimanapun, pendirian ini tidak bermakna Umno menutup pintu kepada kerjasama politik dengan pihak lain, sebaliknya, sebarang kerjasama perlu bersifat tidak mengikat kebebasan Umno menentukan hala tuju politik sendiri."Umno akan kekal dengan BN, kini dulu dan selamanya."Segala kerjasama mestilah luwes. Persefahaman dan kerjasama yang longgar, bukan perjanjian yang mengikat,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Mohamad berkata Umno juga tidak mahu mengikat mana-mana pihak. "Kita tidak suka diikat, juga mengikat.

Umno mahukan kebebasan untuk bertindak sesuai dengan perhitungan politiknya."Beliau berkata Umno juga tidak mahu kelangsungan sokongan Melayu kepadanya bergantung pada naungan atau bantuan rakan politik.Mohamad berkata Umno menghargai bantuan pihak yang pernah bekerjasama dengannya, tetapi mempersoalkan sampai bila Umno harus bergantung kepada 'budi baik' rakan politik.Katanya, Umno perlu menggunakan pengalamannya untuk membina semula sokongan yang kukuh dalam kalangan orang Melayu, dan kembali menjadi pihak yang mampu memberikan perlindungan serta naungan, bukan mengharapkan ihsan pihak lain. Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, kata Umno masih jauh daripada mencapai pemulihan sepenuhnya jika terlalu bergantung kepada parti lain.KUALA LUMPUR: Umno tidak boleh bergantung kepada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), PAS atau DAP untuk menjamin kelangsungan politik, tegas Timbalan Presiden Mohamad Hasan.Mohomad berkata Umno sedar masa depan parti tidak boleh disandarkan kepada kekuatan atau percaturan politik pihak lain, dan perlu berdiri atas kekuatan sendiri."Umno juga sangat menyedari bahawa ia tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Apatah lagi DAP," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Katanya, Umno mesti membangunkan kekuatan dan strategi sendiri kerana parti itu tidak mempunyai 'talian hayat' lain, selain ketahanan serta keupayaan untuk bangkit.Mohamad berkata Umno masih jauh daripada mencapai pemulihan sepenuhnya jika terlalu bergantung kepada parti lain.Jelasnya, pergantungan mungkin membantu Umno mencapai matlamat jangka pendek, tetapi boleh membawa kerugian lebih besar dalam jangka panjang."Umno punya harga diri dan maruah yang tiada timbal balasnya.

Umno tidak boleh dibeli dengan kerjasama politik bermusim," katanya.Beliau berkata Umno perlu mengembalikan kekuatan sendiri sehingga tidak lagi memerlukan parti lain untuk memastikan kelangsungan politik parti.Katanya, Umno berada dalam 'mod bertahan hidup' sejak kehilangan kuasa pada 2018, dan meneroka pelbagai kemungkinan bagi memastikan parti itu terus relevan.Beliau berkata pendekatan politik Umno sejak itu kadangkala dianggap sukar diramal, namun keputusan yang dibuat adalah sebahagian usaha mencari jalan terbaik untuk kelangsungan serta masa depan parti.Sejak 2018, Umno pernah menyertai kerajaan PN pada Mac 2020, mengetuai kerajaan pada Ogos 2021 dan kemudian bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan pada November 2022.Mohamad berkata penyertaan dalam kerajaan penting secara strategik kepada Umno, tetapi pengalaman beberapa tahun lalu turut menunjukkan parti itu perlu membina semula kekuatan sendiri.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →