HomeAsia-Pacific

Umno tolak politik bangkit amarah, Malaysia tanah air keturunan Cina, India

Asia-Pacific 1 source 1 country 48m ago

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said, berkata setiap warganegara yang sah mempunyai tanah air sama, dilindungi Perlembagaan sama, dan berhak menjalani kehidupan aman dan bermaruah.PETALING JAYA: Umno menolak politik kaum dijadikan alat membangkitkan kemarahan atau ketakutan demi meraih undi, kata Ketua Penerangan Azalina Othman.Justeru, kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Sanusi Nor, yang dilapor memberikan gambaran seolah-olah berkata rakyat berketurunan Cina dan India mempunyai tanah air lain tidak boleh dipandang ringan.Katanya, semua pemimpin dan jentera politik wajib bertanggungjawab terhadap setiap perkataan dilontarkan."Isu menyentuh kaum, agama, dan institusi diraja bukan alat untuk membangkitkan kemarahan atau ketakutan demi meraih undi," katanya dalam kenyataan.Baru-baru ini, dalam kempennya sempena PRN Negeri Sembilan, Sanusi dilaporkan media antaranya menyebut “Melayu tak ada dah tanah. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja.”Azalina ketika mengulas lanjut, berkata hakikatnya jutaan rakyat berketurunan Cina dan India tidak menjadikan negara ini tempat persinggahan."Malaysia ialah tanah air mereka," katanya.Tegasnya, Perlembagaan menetapkan kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera."Perlembagaan sama turut menjamin hak dan kedudukan sah setiap warganegara tanpa mengira keturunan.

Setiap warganegara yang sah mempunyai tanah air sama, dilindungi Perlembagaan sama, dan berhak menjalani kehidupan dengan aman dan bermaruah."Sementara itu, Sanusi berkata, kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk 'membetulkan keadaan'.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →