Esok PMX akan bawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Lembaga Tabung Haji ke mesyuarat Kabinet untuk dibincang langkah seterusnya. Beliau yakin Jemaah Menteri akan setuju laporan itu didedah kepada umum.It's about time. Iyalah buat apa ada RCI jika dapatannya tidak diberitahu kepada rakyat.
Apatah lagi dalam hal Tabung Haji laporan itu sudah siap tiga tahun lalu.Rafizi Ramli, bekas menteri kerajaan persekutuan dan kini pembangkang, mendakwa perdana menteri melengahkan pendedahan laporan itu kerana mahu jaga hubungan dengan Umno. This was in 2023 semasa beliau berada dalam Kabinet PMX."Pada ketika itu, Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati Ummo maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu," kata Rafizi 23 Julai lalu. Ada juga video beliau membuat dakwaan demikian.Rafizi bagaimanapun tidak beritahu apa reaksi beliau ketika itu -- sama ada setuju atau tidak laporan itu ditanam -- tapi that’s all water under the bridge now dan bukan persoalan sekarang.Persoalannya betul ke Anwar lengah atau tangguh laporan diumum kepada umum?
Betul ke beliau ketika itu berhati-hati jaga hati Umno seperti didakwa Rafizi?Jika ya, buat apa Anwar nak jaga hati Umno? Tentu anda ada pendapat dan teori masing-masing. Begitu juga saya tetapi saya tidak mahu huraikan di sini kerana ia sekadar pendapat peribadi.Namun perlu dinyatakan apa yang disebut skandal Tabung Haji dibongkar atau terbongkar pada 2018.
Carian Google memberitahu "masalah dan salah urus tadbir berpunca serta berakar umbi dari zaman pemerintahan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak".Ada menteri dalam Kabinet Najib dan juga orang kuat BN waktu itu masih aktif dalam BN dewasa ini.Ringkasnya ia merujuk kepada isu salah urus kewangan, defisit aset dan penyelewengan dana. Pada 2018 Lembaga Tabung Haji dilaporkan mengalami lebihan liabiliti berbanding aset sebanyak RM10.9 bilion.Aset bermasalah bernilai RM19.9 bilion dipindahkan kepada syarikat tujuan khas bawah Kementerian Kewangan bagi tujuan pemulihan.RCI ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.Sejak RCI melengkapkan siasatan, pelbagai pihak mahu laporannya diumum kepada rakyat. Baru-baru ini perdana menteri berkata kerajaan tidak ada halangan.Di pihak Barisan Nasional, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata tiada pihak kebal jika dikaitkan dalam laporan RCI Tabung Haji.
Summary from source