HomeAsia-Pacific

The Indian community's vote is expected to be very important

Asia-Pacific 1 source 1 country 55m ago

Di mata kaum India, kerajaan persekutuan masih gagal selesai isu-isu berbangkit seperti kontroversi kuil Hindu dengan cara yang memuaskan.SEREMBAN: Undi masyarakat India dijangka menjadi penentu di beberapa kerusi utama pada PRN Negeri Sembilan, dan seterusnya menentukan keputusan pada hari pengundian 1 Ogos nanti.Namun, berikutan rasa tidak puas hati komuniti tersebut yang semakin meningkat terhadap kerajaan persekutuan, ia mungkin membawa padah kepada Pakatan Harapan (PH).Antara lain, komuniti itu tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kontroversi kuil Hindu dan pengambilan pelajar India untuk program matrikulasi.Perkara-perkara ini boleh menyebabkan PH kehilangan undi penting. Seperti yang ditunjukkan pada perbincangan meja bulat antara pemimpin masyarakat India dan FMT baru-baru ini, sokongan komuniti itu kepada PH selama ini tidak lagi boleh dianggap sebagai suatu jaminan mutlak.Walaupun kaum India hanya merangkumi 14.9% daripada 889,490 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan, negeri itu mempunyai antara taburan pengundi India paling padat di negara ini.Lebih penting lagi, undi-undi tersebut tertumpu di beberapa kawasan campuran di mana sedikit peralihan undi sahaja sudah cukup untuk menentukan keputusan.Menurut daftar pemilih rasmi, kaum India membentuk lebih satu perlima pengundi di Jeram Padang (33%); Seremban Jaya (28%); Sri Tanjung (27%); Mambau (26%); Lukut (26); dan Bukit Kepayang (22%) — kerusi-kerusi di mana komuniti itu boleh menjadi penentu atau 'kingmaker' jika saingan sengit berlaku.Ini merupakan enam daripada 36 kerusi yang dipertandingkan, cukup untuk menentukan pihak mana yang menang pada pilihan raya sengit.Secara tradisinya, PH menerima sokongan padu daripada komuniti tersebut, namun kali ini, rasa tidak puas hati terhadap kerajaan persekutuan mungkin mengubah keadaan untuk memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya, Perikatan Nasional (PN).Masalah persekutuan, bukan negeriPada sesi meja bulat itu, wakil sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pertubuhan Tamil, badan agama Hindu, dan kumpulan masyarakat sivil menjelaskan bahawa ini peluang untuk menyampaikan mesej politik kepada Putrajaya.Menariknya, tidak ramai yang mengkritik pentadbiran PH di Negeri Sembilan, malah eberapa pihak mengakui bahawa kerajaan negeri secara amnya telah menunjukkan prestasi yang baik dan ramai Adun PH berkhidmat dengan berkes…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →