HomeWorld

Venice kutip lebih €5 juta bayaran masuk pelancong

World 1 source 1 country 58m ago

Bayaran €5 hingga €10 dikenakan pada 60 hari terpilih, ketika jumlah kunjungan memuncak sepanjang musim utama pelancongan dari April hingga Julai. (Gambar EPA Images) VENICE: Pihak berkuasa Venice mengutip lebih €5 juta (USD5.7 juta) musim ini menerusi bayaran masuk yang dikenakan terhadap pelancong harian ke destinasi popular Itali itu, lapor Agensi Akhbar Jerman. Bayaran antara €5 (USD5.7) hingga €10 (USD11.4) itu dikenakan pada 60 hari terpilih, ketika jumlah kunjungan memuncak sepanjang musim utama pelancongan dari April hingga Julai.

Lebih 650,000 pengunjung membayar bayaran itu pada musim ini. Bagi baki tahun ini, pelancong harian boleh memasuki bandar itu secara percuma. Datuk Bandar, Simone Venturini, mencadangkan bayaran masuk itu dinaikkan tahun depan kepada €30 (USD34.1) hingga €50 (USD56.9) pada hari yang dijangka menerima jumlah pelancong sangat ramai.

Bagaimanapun, beliau tiada kuasa menaikkan bayaran itu. Walaupun bayaran itu diperkenalkan menerusi undang-undang kecil perbandaran, had maksimumnya ditetapkan di bawah undang-undang negara. Sehubungan itu, Venturini perlu berunding dengan kerajaan di Rom.

Bayaran berkenaan bertujuan membantu menguruskan pelancong dengan lebih baik di bandar yang mempunyai banyak tarikan unik itu. Ketika ini, hampir 50,000 penduduk menetap di pusat bersejarah Venice, jumlah lebih rendah berbanding bilangan katil hotel di bandar itu. Tetamu hotel yang menginap lebih lama di bandar itu dikecualikan daripada bayaran harian berkenaan, namun mereka perlu membayar cukai penginapan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →