Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata, beliau tunggu untuk jawab seruan Pemuda PAS berhubung Himpunan Mega Penyatuan Ummah pada perhimpunan Pemuda Umno hari ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pemuda Umno bersedia menyambut seruan Pemuda PAS untuk mengadakan Himpunan Mega Penyatuan Ummah, namun mahu perhimpunan itu disertai diskusi dan cadangan penyelesaian bagi masalah rakyat.Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata himpunan berkenaan tidak seharusnya sekadar menghimpunkan penyokong, sebaliknya menjadi platform untuk kedua-dua pihak membincangkan isu orang muda dan masalah negara.“Saya sengaja tak jawab (seruan Pemuda PAS) ketika Muktamar kerana saya nak jawab pada persidangan Pemuda Umno hari ni."InsyaAllah jawapan kami, kami bersedia menyambut seruan itu untuk kita gerakkan (himpunan mega) satu Malaysia ini,” kata Akmal dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan sayap itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).Akmal menambah, setiap himpunan yang dianjurkan perlu mempunyai hala tuju dan menghasilkan solusi yang boleh dilaksanakan.Pendekatan itu, katanya, selari dengan Rimbun 1.0 yang dianjurkan Pemuda Umno, termasuk perbincangan mengenai isu pendidikan.Beliau memberi contoh beberapa cadangan yang dikemukakan melalui program itu yang kemudiannya diterjemahkan kepada dasar kerajaan, seperti penubuhan kelas Tabika Autisme Kemas yang kini telah mempunyai 19 cawangan di seluruh negara.Akmal berkata, pendekatan sama perlu dibawa dalam Himpunan Mega Penyatuan Ummah supaya usaha penyatuan tidak terhenti pada slogan, sebaliknya menghasilkan tindakan.“Sebab itu hari ni, bila kita nak sambut Himpunan Mega Penyatuan Ummah daripada Pemuda PAS, kita nak ada tambah baik sekali. Kita buat himpunan dan juga diskusi bersama.“Bukan sekadar himpunan (macam) nak bebaskan Anwar Ibrahim dulu.
Tetapi himpunan kita ini, himpunan yang penuh dengan solusi untuk menjawab segala permasalahan rakyat,” katanya.Pasukan khas bantu wanita terabaiSementara itu, Akmal memaklumkan Pemuda Umno mahu menubuhkan satu pasukan khas di bawah Biro Peguam Agama sayap itu bagi membantu wanita-wanita yang 'digantung tidak bertali', apabila suami mereka gagal menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.Akmal berkata, pasukan itu perlu diwujudkan bagi memastikan wanita yang berdepan konflik rumah tanggal tidak dibiarkan tanpa pembelaan kerana tidak tahu prosedur mahkamah.“Ada suami yang dah kahwin dua. Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata anggota Pemuda perlu menjadi 'mata dan telinga' pimpinan untuk melaporkan mana-mana wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas atau gagal berkhidmat.KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memberi amaran wakil rakyat daripada sayap itu yang malas bekerja atau sukar dihubungi rakyat tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.Beliau berkata, anggota Pemuda perlu menjadi 'mata dan telinga' pimpinan untuk melaporkan mana-mana wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas atau gagal memberi khidmat kepada parti.“Jika ada wakil rakyat kita yang malas. Jika ada wakil rakyat kita yang susah nak angkat panggilan, balas WhatsApp, tolong beritahu.
Kita akan pastikan dia tidak tercalon lagi pada masa akan datang,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Akmal turut memberi peringatan bahawa wakil rakyat yang takut bercakap mengenai perjuangan parti juga akan ditegur dan tindakan sewajarnya boleh diambil.“Jika ada wakil rakyat yang takut nak bercakap soal perjuangan parti, tolong bagitahu saya.“Wakil rakyat bukan hanya sekadar diri sendiri tetapi wakil rakyat membawa hasrat dan perjuangan parti,” katanya.Kata Akmal lagi, wakil rakyat sayap itu tidak seharusnya bersikap sombong atau menganggap diri mereka lebih hebat selepas memegang jawatan kerana mereka dipilih dan menang pilihan raya hasil sokongan dan bantuan anggota parti.Beliau berkata, wakil rakyat Pemuda juga tidak sepatutnya mengutamakan kepentingan lain melebihi perjuangan parti.Akmal berkata Pemuda Umno kini mempunyai 11 wakil rakyat berbanding hanya empat ketika beliau dan barisan kepimpinan sayap itu mula diberikan amanah kira-kira tiga tahun lalu.Katanya, pertambahan itu membuktikan Pemuda Umno mampu membina kekuatan walaupun parti berada dalam keadaan sukar.Akmal berkata, perjalanan Umno selama 80 tahun tidak sentiasa mudah kerana parti pernah melalui kemenangan dan kekalahan, selain kehilangan sebahagian anggotanya.Namun, katanya, arah perjuangan parti tidak boleh berubah dan perlu terus menjurus kepada pembelaan agama, bangsa serta maruah tanah air.
Summary from source