Tengku Zafrul Aziz berkata, pengkritik keputusan itu tidak patut alih budi bicara Agong kepada perdana menteri 'semata-mata kerana mahu salahkan perdana menteri'. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tengku Zafrul Aziz membidas dakwaan kononnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertanggungjawab ke atas keputusan pengampunan Najib Razak, sambil mengingatkan bahawa bekas perdana menteri itu menerima pengampunan bersyarat, bukannya pengampunan penuh.Tengku Zafrul yang juga penasihat kanan politik kepada perdana menteri menegaskan, perdana menteri tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada pengampunan diberikan kepada seseorang yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah."Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa pengampunan pada Yang di-Pertuan Agong melalui proses Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda. Adakah anda sedang mempertikaikan kuasa pengampunan Agong?"Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tentang keputusan ini.
Tetapi jangan sampai fakta Perlembagaan pun kita pusing semata-mata kerana politik," katanya menerusi video dimuat naik di media sosial.Beliau berkata, pengampunan Najib adalah bersyarat dan beliau akan menjalani baki hukumannya sebagai tahanan di rumah 'tertakluk kepada syarat yang ditetapkan'.Beliau turut mengingatkan pengkritik keputusan itu agar tidak 'memindahkan budi bicara Agong kepada perdana menteri, semata-mata untuk menyalahkan perdana menteri'.Mengikut pengampunan bersyarat itu, Najib akan menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun berkait sabitan kes SRC International sebagai tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.Jika Najib gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani tambahan hukuman penjara selama setahun. Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, keputusan Setiausaha Agung Loke Siew Fook meletak jawatan sebagai menteri pengangkutan bukan dibuat secara semberono. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Wanita DAP menggesa kerajaan mendedahkan minit rasmi mesyuarat Lembaga Pengampunan semalam, yang memutuskan pengampunan bersyarat buat Najib Razak.Ketuanya, Teo Nie Ching berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan penuh berhubung 'pertimbangan serta proses' yang membawa kepada keputusan itu.Teo menyuarakan gesaan itu dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, yang berlangsung selama tiga jam petang tadi.Susulan mesyuarat itu, Setiausaha Agung Loke Siew Fook mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri pengangkutan sebagai respons terhadap keputusan pengampunan bersyarat Najib.Mengulas perkara itu, Teo berkata, keputusan Loke bukan dibuat secara semberono.“Keberanian dan kebijaksanaan beliau membuat keputusan tegas pada saat genting ini membuktikan kewibawaan kepimpinannya, selain mencerminkan prinsip pegangan DAP sejak sekian lama (berhubung isu ini),” katanya.Terdahulu hari ini, Loke menegaskan beliau satu-satunya pemimpin DAP yang akan meletak jawatan susulan pengampunan bersyarat Najib demi menjamin kestabilan politik.Najib, 73, dibenarkan menjalani baki hukuman penjara enam tahun berkaitan kes SRC International sebagai tahanan di rumah, dengan syarat dia membayar denda RM50 juta, atau berdepan tambahan setahun penjara jika gagal berbuat demikian.Jabatan Perdana Menteri memaklumkan pengampunan bersyarat itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.
Summary from source