HomeMiddle East

Wanita kelahiran Pahang bukan warganegara secara automatik, putus mahkamah

Middle East 1 source 1 country 34m ago

Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman berkata wanita berusia 35 tahun itu tidak memenuhi syarat Perlembagaan untuk mendapat kewarganegaraan secara automatik walaupun dilahirkan di Pahang.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan seorang wanita untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang, iaitu kewarganegaraan diperoleh secara automatik apabila syarat Perlembagaan dipenuhi.Hakim Norliza Othman berkata plaintif berusia 35 tahun itu gagal memenuhi syarat berkenaan walaupun dilahirkan di Pahang.Beliau berkata wanita itu tidak boleh bergantung pada status bapa kandungnya, iaitu penduduk tetap Malaysia kerana tiada bukti ibu bapanya berkahwin secara sah ketika dia dilahirkan.“Sebagai anak dilahirkan di luar perkahwinan, kewarganegaraan plaintif mengikut ibu kandungnya, iaitu warga Indonesia,” kata Norliza dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan baru-baru ini.Mahkamah memutuskan wanita itu bukan warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang dan tidak berhak mendapat pengisytiharan serta perintah yang dipohonnya.Plaintif memfailkan saman terhadap ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menteri dalam negeri dan kerajaan selepas mengetahui pada 2022 bahawa sijil kelahirannya mencatatkan status 'bukan warganegara'.Catatan itu ditemuinya walaupun dia pernah diberikan MyKad biru ketika berusia 14 tahun.Wanita itu memohon mahkamah mengisytiharkan dia ialah warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang dan catatan pada sijil kelahirannya sebagai 'bukan warganegara' sebagai tidak sah.Dia turut memohon perintah supaya JPN mengeluarkan sijil kelahiran baharu yang mengiktirafnya sebagai warganegara.Wanita itu berhujah dia layak mendapat kewarganegaraan di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana dilahirkan di Malaysia dan kekal tanpa kewarganegaraan.Sebagai hujah alternatif, dia mendakwa layak menjadi warganegara kerana bapa kandungnya berstatus penduduk tetap ketika dia dilahirkan.Bagaimanapun, kerajaan berhujah wanita itu dilahirkan di luar perkahwinan dan Seksyen 17 Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan terpakai dalam kes itu.Mengikut peruntukan berkenaan, status kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar perkahwinan ditentukan berdasarkan kewarganegaraan ibunya.Kerajaan turut menegaskan wanita itu bukan individu tanpa kewarganegaraan kerana undang-undang Indonesia mengiktiraf anak…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →