HomeWorld

Warga emas ditahan cabut bendera parti di N Sembilan

World 1 source 1 country just now

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata lelaki tempatan berusia 70-an itu ditahan di sekitar Seremban kira-kira 9.45 malam tadi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang warga emas ditahan kerana dipercayai mencabut bendera parti politik di Dusun Setia, Ampangan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata IPD Seremban menerima satu laporan beberapa bendera parti dipercayai dicabut pada 2.54 pagi semalam.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu dirakam orang awam, dengan video memaparkan seorang lelaki mencabut bendera parti politik dipasang di tepi jalan, tersebar di media sosial kemudian.Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan, katanya, seorang lelaki tempatan berusia 70-an ditahan di sekitar Seremban kira-kira 9.45 malam tadi."Siasatan lanjut masih diteruskan, termasuk merakam percakapan saksi serta mendapatkan analisis terhadap rakaman video berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya menurut Berita Harian.Beliau menasihatkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau memuat naik kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan siasatan.Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata, dua laporan polis diterima semalam dan dua kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.Sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu hingga semalam, katanya, 14 laporan polis diterima, dengan sembilan kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →