HomeWorld

Wawasan perlu buktikan ‘politik tengah’ bukan sekadar slogan

World 1 source 1 country 48m ago

Penganalisis berkata Wawasan perlu menjawab persoalan mengapa rakyat harus memilihnya sedangkan hampir semua parti utama sebelum ini turut mendakwa memperjuangkan politik sederhana, inklusif dan progresif. (Gmabar Facebook)PETALING JAYA: Gagasan politik Melayu-Islam berorientasikan tengah (centrist) dibawa Parti Wawasan Negara (Wawasan) berpotensi menarik pengundi atas pagar dan Melayu bandar, namun kejayaannya bergantung keupayaan parti itu membuktikan ia menawarkan pembaharuan, bukan sekadar retorik.Penganalisis politik, Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata Malaysia tidak ketandusan parti politik, sebaliknya kekurangan parti yang benar-benar membawa pembaharuan berbanding pemain sedia ada.Katanya, Wawasan perlu menjawab persoalan mengapa rakyat harus memilihnya sedangkan hampir semua parti utama sebelum ini turut mendakwa memperjuangkan politik sederhana, inklusif dan progresif."Dalam sains politik, sesebuah parti baharu hanya relevan jika menawarkan ‘political value proposition’ yang jelas. Jika naratif ‘Melayu-Islam centrist’ hanya berakhir sebagai slogan, Wawasan akan dilihat sekadar mengitar semula idea lama dalam pembungkusan baharu.“Politik tengah juga bukan bermaksud tiada pendirian.

Ia perlu tegas pada prinsip tetapi sederhana dalam pendekatan. Jika cuba memuaskan semua pihak, parti akan kehilangan identiti dan keyakinan pengundi,” katanya kepada FMT.Semalam, Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah, berkata politik Melayu-Islam perlu mengutamakan kesederhanaan dan menolak segala bentuk ekstremisme serta fanatisme.Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan usaha menyatukan orang Melayu dan Islam tidak berubah menjadi gerakan bersifat eksklusif atau meminggirkan masyarakat lain,selain tidak boleh bercanggah ajaran Islam, bersifat perkauman melampau atau menyebabkan golongan majoriti menindas masyarakat lain.Zaharuddin berkata, Wawasan perlu membuktikan keberanian melalui tindakan seperti mengehadkan tempoh jawatan pemimpin, menolak politik wang, memilih calon berasaskan merit dan mengamalkan pembiayaan politik yang telus.“Jika Wawasan berani melaksanakan pembaharuan itu, maka ia benar-benar membawa politik baharu. Jika tidak, ia hanya menjadi satu lagi parti yang menjual harapan lama dengan slogan baharu," katanya.Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata pendekatan politik sederhana diketengahkan Wawasan boleh membe…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →