Wong Chen berkata, beliau tidak menyesal selepas lebih 13 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen. SEPANG: Bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen memohon maaf kepada rakyat yang pernah mengundinya susulan meletak jawatan sebelum pembubaran Parlimen. Wong berkata, beliau tidak menyesal sepanjang lebih 13 tahun sebagai Ahli Parlimen, selain tekun berkhidmat mewakili penduduk Subang dan Kelana Jaya, sejak 2013.
"Meletak jawatan satu tahun lebih awal (sebelum Parlimen terbubar automatik) menjadi perkara yang saya ingin mohon maaf kepada rakyat. "Saya sepatutnya boleh menunggu sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi saya memilih untuk berundur," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Bersama, di Puchong. Wong berkata, keputusannya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang disusuli keluar PKR didorong rasa tanggungjawabnya mempertahankan demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
"Rekod saya jelas, hati nurani saya benar-benar bersih," tambahnya. Wong meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang pada Isnin, sekali gus meninggalkan PKR untuk menyertai Bersama hari ini. Beliau antara beberapa Ahli Parlimen PKR yang hadir pelancaran Bersama oleh bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Mei.
Pada Isnin, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang, kerusi yang diwakilinya sejak 2018.SEPANG: Wong Chen mengumumkan keluar daripada PKR untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama), hanya beberapa hari selepas meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang.Wong yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan bersama PKR hampir dua dekad, mengesahkan keputusan itu pada sidang media di ibu pejabat Bersama di Taman Putra Perdana, Puchong.Sebelum ini, beliau memberi bayangan akan meninggalkan PKR selepas dua bekas pemimpin parti itu, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing untuk menerajui Bersama.Wong antara tiga wakil rakyat PKR, selain Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, yang akses mereka kepada portal peruntukan kawasan MyKhas ditarik balik selepas menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei.Beliau sebelum ini juga memegang jawatan pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Bhd, namun digugurkan daripada jawatan itu pada Mei.BERITA LANJUT MENYUSUL
Summary from source