Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi, bersama masyarakat India di Negeri Sembilan pada satu program kempen pilihan raya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi membayangkan masyarakat India akan diberi perwakilan lebih besar dalam pentadbiran negeri sekiranya BN berjaya memenangi PRN Negeri Sembilan Sabtu ini.Beliau turut mengesa pengundi India memberi sokongan kepada MIC seperti mana yang diberikan dalam PRN Johor dengan memastikan kemenangan kedua-dua calon bertanding."Nanti kalau menteri besarnya daripada BN, saya mahu ada dua exco orang India," katanya, menurut Berita Harian.Zahid berkata beliau yakin momentum sama susulan kemenangan penuh MIC di Johor dapat diterjemahkan di Negeri Sembilan."Sekarang kita berada di Negeri Sembilan dan MIC meletakkan dua calon. Saya mempunyai keyakinan, atas semangat BN sekali lagi, MIC yang mewakili BN akan mendapat kemenangan 100% di Negeri Sembilan."Ini memperlihatkan pengundi India telah berubah kerana pada 2018 mungkin ada kesilapan, 2022 ada kesilapan."Namun dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, kesilapan itu telah diperbaiki," katanya.MIC bertanding di kerusi Seremban Jaya dan Sri Tanjung, yang kedua-duanya merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH).Sementara itu, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P Punithan dalam kenyataannya mengalu-alukan kenyataan Zahid dan menggesa pengundi India menyokong persefahaman BN-PN pada hari pengundian."Komitmen ini mencerminkan satu langkah positif ke arah memastikan masyarakat India diwakili secara bermakna dalam proses membuat keputusan di peringkat negeri."Perwakilan yang tulen amat penting untuk menangani isu-isu yang sekian lama membelenggu masyarakat serta memastikan tiada mana-mana golongan dipinggirkan," kata Punithan yang juga bekas Ketua Pemuda MIC Selangor.MIPP akan bertanding di kerusi Lukut yang disandang DAP sejak 2008.
Summary from source