HomeWorld

Zahid dakwa kegiatan sogok pengundi makin ketara

World 1 source 1 country 46m ago

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata laporan polis telah dibuat berserta bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya kegiatan menyogok pengundi di PRN Negeri Sembilan.TAMPIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menggesa pihak berkuasa menyiasat segera dakwaan sogokan wang yang didakwa berlaku pada saat-saat akhir kempen PRN Negeri Sembilan.Beliau berkata, laporan polis telah dibuat berserta bukti dan saksi berhubung dakwaan berkenaan, sambil menegaskan tindakan segera perlu diambil kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, kegiatan itu semakin ketara sejak dua atau tiga hari lalu, dipercayai susulan persaingan sengit menjelang hari pengundian."Saya tidak mahu membuat tuduhan, namun dalam keadaan yang sangat terdesak ini, pelbagai taktik digunakan pada saat-saat akhir."Laporan polis telah dibuat dengan disertakan bukti serta saksi. Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap perkara ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu program di Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh.Selasa lalu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan bahawa pengundi awal PRN Negeri Sembilan disogok dengan wang.Hari ini, polis membuka satu kertas siasatan terhadap seorang calon PRN Negeri Sembilan di DUN Labu yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata siasatan itu menyusul laporan dibuat seorang lelaki 72 tahun pada Selasa lalu selepas melihat video di WhatsApp yang mendakwa seorang calon Labu memberi sogokan kepada pengundi.“Pengadu percaya perbuatan tersebut boleh disifatkan sebagai membeli undi,” katanya sambil menambah dakwaan itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Rakyat Negeri Sembilan akan mengundi dalam PRN-16 pada 1 Ogos ini. Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata BN akan duduk berbincang dengan PN bagi membincangkan calon menteri besar sekiranya menang di PRN Negeri Sembilan.TAMPIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menghargai tindakan Presiden PAS, Hadi Awang yang mengarahkan penyokong parti itu untuk mengundi calon BN pada PRN Negeri Sembilan.Zahid yang juga presiden Umno berkata BN juga mengarahkan penyokongnya untuk mengundi calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) di kerusi ditandingi parti itu."Sebenarnya kami (BN) juga telah melakukan perkara yang sama terhadap calon-calon yang dikemukakan oleh mereka (PN)."Jentera kita bergerak seiring dengan jentera mereka bagi membantu calon-calon tersebut," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Sembilan di Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh.Semalam, Hadi mengarahkan penyokong parti itu mengundi calon BN di kerusi yang ditandingi BN pada PRN Negeri Sembilan.Beliau berkata, arahan itu bagi memastikan persefahaman antara PAS dan BN benar-benar berlaku.Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN bertanding di 11 kerusi DUN susulan persefahaman yang dicapai bersama bagi mengelak pertindihan calon.Sementara itu, Zahid berkata calon menteri besar akan dibincangkan apabila BN dan PN menang PRN Negeri Sembilan kerana ketika ini tiada persetujuan atau perjanjian rasmi mengenai perkara itu."Apabila tiba masanya, kita akan duduk semeja dan berbincang bagi mencari kesimpulan yang terbaik," katanya.Semalam, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin berkata PN telah menyerahkan kepada BN untuk memilih calon menteri besar Negeri Sembilan.Beliau berkata keputusan itu telah mendapat persetujuan daripada semua pihak dalam PN.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →