HomeWorld

PAS agrees to early GE, people are tired of political turmoil, says Tuan Ibrahim

World 1 source 1 country 13m ago

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pilihan raya umum lebih awal juga boleh menyelaraskan beberapa PRN untuk diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kos yang perlu ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya.KOTA BHARU: PAS bersetuju PRU16 diadakan lebih awal, selari dengan pendirian Presiden Umno Zahid Hamidi, kata Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata mandat perlu dikembalikan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan, terutama ketika keadaan politik negara dilihat tidak menentu.“Saya melihat ada keperluan untuk mengadakan (PRU) lebih awal. Saya setuju bahawa dalam situasi keadaan yang tidak menentu begini, kita kena keluar daripada kemelut yang ada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-67.Tuan Ibrahim berkata PRU lebih awal juga boleh menyelaraskan beberapa PRN untuk diadakan serentak, sekali gus mengurangkan kos yang perlu ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Katanya, tempoh berpolitik yang terlalu panjang menyebabkan rakyat terus memikirkan soal politik dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada perkara lain.“Setahun lebih kita kena hadapi situasi macam ini. Saya rasa rakyat dah letih dengan situasi ini,” katanya ketika ditemui selepas satu program PAS.Mengenai kerjasama PAS-Umno pada PRN Melaka, Tuan Ibrahim berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa perundingan kedua-dua pihak, sambil berharap perbincangan dapat menyelesaikan isu pembahagian kerusi dan mengelakkan pertembungan.Beliau berkata PAS menghormati usul Pemuda PAS supaya kerusi yang dimenangi parti itu kekal ditandingi calon PAS, namun rundingan dengan rakan kerjasama tetap terbuka bagi meminimumkan pertembungan.“Bila kita ada muafakat, ada beberapa asas yang perlu kita adakan, iaitu kerusi penyandang kekal pada parti pemenang.

Itu asas."Di mana-mana pun, pada PRU14 kita guna format yang sama.Cuma di Melaka dan saya rasa walaupun mungkin ada setengah negeri, contohnya di Terengganu, Kedah dan Perlis, Umno tidak ada yang menang. Jadi di negeri-negeri macam ini saya rasa kita ada kaedah lain yang perlu dibincangkan.“Tapi yang penting ialah muafakat. Kalau semua pihak bersetuju, kita akan ada jalan.

Meminimumkan pertembungan itu lebih utamalah,” katanya.Mengulas agenda penyatuan yang mahu dibawa parti itu, termasuk kerjasama dengan Umno, Tuan Ibrahim menegaskan ia bukan khusus untuk orang Melayu sahaja, sebaliknya melibatkan semua pih… Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional, berkata PRU lebih awal adalah lebih baik. PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi berkata lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, berbanding tempoh penggal Parlimen yang hanya akan berakhir hujung tahun depan.Namun, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata jika penggal Parlimen tamat sehingga penghujungnya, gabungan itu bersedia berdepannya."Pada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik.

Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh."Tetapi andainya jika penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, maka kita juga bersedia menghadapinya," katanya menurut Berita Harian.Penggal Parlimen ke-15 dijadual tamat sekitar Disember 2027, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas itu, atau sehingga Februari 2028.Dalam pada itu, Zahid berkata kerjasama dengan gabungan lain pada pilihan raya akan datang bergantung kepada prinsip 'manfaat dan mudarat' bagi mendapatkan keuntungan politik.Katanya, prinsip sama digunakan dalam membentuk rundingan dan kerjasama pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini."Kita sanggup untuk pergi solo kerana landskap politik di Johor mengkehendaki begitu, tetapi di Negeri Sembilan, kita merasakan manfaat itu lebih baik kalau kita bersama dengan mana-mana parti gabungan. Kita lihat apakah mudaratnya kalau kita bersama atau tidak bersama dengan parti gabungan lain."Jadi, antara manfaat dengan mudarat ini, kita membuat perkiraan politik dari segi perimbangan sesebuah negeri. Kita mahu lihat selepas itu 'profit and loss account' dari segi politiknya.

Adakah kita berada dalam keadaan hitam atau merah atau sebaliknya."Yang itu kita lihat dari segi pulangan keuntungan politik yang kita perkirakan bagi menentukan perundingan itu dapat dijayakan oleh kepimpinan negeri berkenaan," katanya.Zahid berkata, akar umbi mahukan perpaduan orang Melayu diberikan keutamaan."Justeru, kita menjadikan itu sebagai keutamaan untuk kita melakukan sesuatu (kerjasama rentas gabungan parti) bagi mewarnai masa depan politik kita."Namun, kita juga harus mengakui hakikat kemajmukan di negara kita harus dijadikan sebagai landasan untuk kita melalui liku-liku politik yang semakin kompleks untuk dekad mendatang," katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →