HomeWorld

Zahid sokong RCI Tabung Haji didedah, tolak jadi bahan kempen PRN

World 1 source 1 country 17m ago

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, berkata laporan RCI Tabung Haji perlu menjurus mencari penyelesaian, bukan bahan kempen PRN Negeri Sembilan.TAMPIN: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyokong laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji didedah kepada umum, namun ia tidak patut dijadikan bahan politik berkempen pada PRN Negeri Sembilan.Beliau berkata, isu tersebut perlu dilihat dari segi sudut profesional dan sebarang laporan pengauditan serta laporan siasatan mesti menjurus ke arah mencari jalan penyelesaian, bukan mengeruhkan keadaan."Hasil dapatan daripada siasatan itu bagi saya ianya harus dibentangkan dan harus didedahkan kepada umum."Saya mendukung hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuat pembentangan terhadap hasil siasatan berkenaan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin.Semalam, Anwar berkata bersetuju mendedahkan laporan RCI Tabung Haji yang disifatkannya ‘riuh diperkatakan’.Anwar mengakui beliau ‘dicabar’ pihak tertentu mengenai sebab pentadbirannya belum mengeluarkan laporan tersebut walaupun pernah menyatakan akan berbuat demikian.Anwar berkata, laporan RCI itu tidak dikeluarkan lebih awal kerana kerajaan mahu mengelak timbul keyakinan awam terhadap dana tabung haji.Khamis lalu, beliau menyatakan kerajaan bersedia mengeluarkan laporan berkenaan tidak lama lagi bagi membolehkan orang ramai mengetahui dapatan RCI mengenai penjualan aset strategik Tabung Haji.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →