HomeAsia-Pacific

2 Malaysians traced, 55 still uncontacted in Nepal

Asia-Pacific 1 source 1 country 10m ago

Lebih 1,400 orang dilaporkan hilang, termasuk pendaki di Himalaya dan puluhan penganut Hindu yang menunaikan ziarah, susulan banjir besar serta tanah runtuh di Nepal. (Gambar EPA Images)PUTRAJAYA: Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China.Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata bagaimanapun identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China.Beliau berkata kementerian turut menjalankan semakan silang bagi menentukan sama ada terdapat pertindihan antara 36 individu berkenaan dengan senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi di Nepal.“Kita sedang buat pemeriksaan silang sebab maklumat ini baharu kita terima... nanti kita akan kemas kini kalau ada nama yang sama termasuk angka sebenar rakyat kita yang masih hilang ataupun yang sudah selamat, baik di Nepal ataupun di Tibet,” katanya kepada Bernama hari ini.Syed Mohamad Hasrin berkata susulan maklumat itu, skop penyelarasan kementerian kini diperluas merangkumi kawasan di sebelah sempadan China.Beliau berkata penyelarasan turut dilaksanakan bersama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi berikutan maklumat bahawa terdapat rakyat negara ini yang mungkin mengikuti laluan perjalanan melibatkan China dan India.Syed Mohamad Hasrin berkata Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya akan terus beroperasi 24 jam sehari bagi menyelaras maklumat, membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan memberikan perkembangan terkini kepada ahli keluarga.Beliau berkata pihaknya akan terus mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa China berhubung kedudukan dan keselamatan rakyat Malaysia di Tibet sebelum membuat sebarang kesimpulan lanjut.Menyentuh mengenai kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, Syed Mohamad Hasrin berkata perkara itu perlu diselaras dengan pihak berkuasa Nepal dan pengendali pelancongan termasuk memastikan status dokumen perjalanan mereka sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.Bagaimanapun, beliau berkata keutamaan ketika ini ialah mengesan dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan terjejas selain mengambil kira keadaan cuaca serta akses yang masih terhad.Dalam perkembangan berkaitan, Syed Mohamad Hasrin…

Banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasua, Nepal, berlaku susulan limpahan Sungai Bote Koshi pada 26 Ogos lepas, mengakibatkan kerosakan teruk terhadap jalan raya dan jambatan, selain gangguan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal berjaya dikesan, manakala 55 lagi masih belum dapat dihubungi setakat 2.22 petang tadi.Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin yang turut berkata, maklumat dan butiran kedua-dua rakyat Malaysia yang dikesan itu masih dalam proses semakan silang serta pengesahan lanjut.Beliau berkata, proses semakan silang itu penting bagi memastikan identiti, lokasi dan status sebenar kedua-dua individu selain mengelakkan pertindihan maklumat dalam senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Menurutnya, Menteri Luar Mohamad Hasan telah mengarahkan kementerian supaya terus memantau rapat perkembangan operasi dan memperkukuh usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Atas arahan itu juga, katanya, seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah dihantar ke Kathmandu bagi membantu memperkukuh operasi Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.“Pegawai berkenaan membantu menyelaras maklumat, memantau perkembangan dan berurusan dengan pihak berkuasa Nepal yang berkaitan,” katanya, lapor Bernama.Syed Mohamad Hasrin berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan tindak balas kecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi berkaitan dan pengendali pelancongan bagi mendapatkan serta mengesahkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Setakat ini, pihak berkuasa Nepal melaporkan 528 individu telah diselamatkan, terdiri daripada 490 warga Nepal serta 38 warga asing.Berdasarkan maklumat terkini, belum ada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan individu yang diselamatkan.Banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasua berlaku susulan limpahan Sungai Bote Koshi pada 26 Ogos lepas, mengakibatkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur termasuk jalan raya dan jambatan selain gangguan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi.Syed Mohamad Hasrin berkata, keadaan ini menyukarka…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →