HomeWorld

Alif Rakib raih gelaran dunia interim strawweight ONE Championship

World 1 source 1 country 6m ago

Aliff Rakib bakal menentang juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan kembali daripada kecederaan. (Gambar Facebook Muaythai Malaysia)KUALA LUMPUR: Petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali Aliff Rakib mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan wakil Thailand Sam-A Gaiyanghadao.Pada aksi berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan 'knockout' pada pusingan kelima.Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Aliff Rakib melakar pencapaian terbesar dalam kariernya dan muncul antara petarung negara paling berjaya di pentas ONE Championship.“Terima kasih kepada orang Malaysia yang datang sokong di Stadium Lumpinee. Aku dah janji nak bawa balik tali pinggang ini ke Malaysia,” katanya yang turut menghadiahkan kemenangan itu kepada bapanya.Kemenangan itu turut membolehkan Aliff Rakib membawa pulang bonus kemenangan berjumlah USD50,000 (kira-kira RM204,565) selain tali pinggang kejuaraan.Dengan kemenangan itu, Aliff Rakib akan menentang juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan kembali daripada kecederaan.Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Aliff Rakib menjelang perlawanan itu.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →