HomeWorld

AS akan umum siasatan tarif lebih kapasiti, buruh paksa dalam masa terdekat

World 1 source 1 country 17m ago

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Ghani mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, di Washington baru-baru ini.(Gambar Facebook Johari Ghani)PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) akan umum keputusan siasatan kadar tarif berkait isu lebihan kapasiti dan buruh paksa dalam masa terdekat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani.Johari berkata, penjelasan Putrajaya berhubung perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh Washington sebelum membuat keputusan, lapor BuletinTV3.Katanya, siasatan AS terhadap Malaysia membabitkan dua aspek iaitu lebihan kapasiti dan buruh paksa, serta tidak terbabit dalam aspek alam sekitar dan subsidi kerajaan."Dia (pihak AS) beritahu akan buat secepat mungkin. Saya percaya dia pun nak kena memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART). Pada awalnya kita dikenakan tarif 19%."Sekarang ini mereka baru mengenakan kadar 10% terhadap Malaysia.

Jadi ia (kadar) mungkin lebih tinggi atau rendah, saya tidak tahu," katanya.Johari berkata, tarif baharu berkait buruh paksa dikuat kuasa AS bermula tengah malam ini membabitkan hampir semua produk Malaysia kecuali elektrik dan elektronik, aeroangkasa, dan farmasutikal.Tetapi, beliau yakin tarif 10% itu tidak akan menjejaskan daya saing negara."Setakat ini, kami tidak melihat tarif 10% itu memberi kesan ketara terhadap produk eksport negara. Memang ada beberapa produk yang mungkin terjejas kerana pengimport mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan dari negara lain."Namun, memandangkan tarif yang sama turut dikenakan ke atas banyak negara lain, kami menjangkakan impaknya terhadap Malaysia adalah minimum dan tidak signifikan," katanya.Mengenai isu buruh paksa, Johari mencadangkan satu undang-undang baharu diwujudkan bagi menyaring barangan dan bahan mentah yang diimport dari negara ketiga daripada mengandungi elemen berkenaan."Saya kena bawa perkara ni, bincang dengan Kementerian Sumber Manusia. Kemudian kena bincang dengan Kementerian Dalam Negeri, selain pihak kastam."Isu ini juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar, bukan sahaja dalam Malaysia, tetapi luar Malaysia yang kita import barang daripada luar dan kita proses.

Kita buat produk tambahan dan kita eksport kepada AS. Kalau ada elemen buruk paksa ia akan menjejaskan produk kita," katanya.Johari baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →