HomeWorld

Ayob Khan seru kerajaan teliti struktur gred jawatan tertinggi polis

World 1 source 1 country 13m ago

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, yang bersara wajib hari ini berharap kerajaan 'memperbetulkan' struktur gred perjawatan tertinggi polis untuk kepimpinan akan datang. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, yang bersara wajib hari ini menyeru kerajaan supaya meneliti struktur gred perjawatan tertinggi polis.Beliau berkata persamaan gred timbalan ketua polis negara, pengarah Cawangan Khas (SB) dan pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) 'menyukarkan sedikit' arahan pengaturan tugas.Ayob, yang telah berkhidmat dengan polis selama 35 tahun, menerangkan bahawa tiga jawatan itu menyandang gred JUSA A."Selepas ketua polis negara dilantik dengan Gred Turus 2, kerajaan sewajarnya memberikan Gred Turus 3 kepada timbalan ketua polis negara, manakala semua pengarah jabatan dalam polis diberikan Gred JUSA A," katanya, lapor Berita Harian.Ayob menambah harapan supaya kerajaan 'memperbetulkan' struktur gred ini untuk kepimpinan tertinggi polis pada masa akan datang.Ayob berkata demikian demikian pada sidang media selepas majlis serah terima teguas timbalan ketua polis negara, di Pusat Latihan Polis.Beliau menyerahkan tugas kepada Pengarah SB Ibrahim Darus, yang akan memangku jawatan timbalan ketua polis negara kuat kuasa hari ini.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →