Tertuduh, Syed Syafiq Syed Azhar, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian hingga kerugian RM35,736. (Gambar fail)PETALING JAYA: Seorang pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian RM35,736.Tertuduh, Syed Syafiq Syed Azhar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting, menurut Harian Metro.Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memperdaya pengadu dengan membuat representasi, dia boleh menyedia dan mengurus pakej umrah persendirian termasuk penerbangan pergi balik serta penginapan di Makkah dan Madinah.Bagaimanapun, representasi berkenaan didakwa palsu atau tidak benar, yang mendorong pengadu menyerahkan RM35,736 menerusi akaun Bank Islam atas syarikat Fique Lagacy yang didaftarkan di atas nama tertuduh.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Februari tahun lalu di Persiaran Bayan 3, Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebat serta denda.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sofi Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Hazarul Iqram Rozahan.Terdahulu, Muhammad Sofi mencadangkan jumlah jaminan setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.Hazarul Iqram pula memohon jumlah dikurangkan kerana anak guamnya berpendapatan RM3,000 sebulan, menanggung seorang anak.Mahkamah menetapkan jaminan RM7,500 dan kes disebut semula pada 19 November untuk serahan dokumen. Dua pelajar lelaki berusia 13, dan 14 tahun dibenar ikat jamin RM500 seorang oleh Mahkamah Majistret Parit dengan kes disebuat semula pada 27 Okt.
(Gambar Facebook)PETALING JAYA: Dua pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Parit kerana menggunakan seterika yang boleh menyebabkan kematian ke atas seorang rakan mereka, dalam kejadian di sebuah maahad tahfiz, minggu lalu.Tertuduh berusia 13 dan 14 tahun itu membuat pengakuan sedemikian di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, lapor Kosmo.Mengikut pertuduhan, dua pelajar tersebut didakwa secara bersama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian iaitu seterika.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah maahad tahfiz di Chopin Kanan, Parit dalam daerah Perak Tengah, pada 4 petang, 19 Sept.Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri, manakala kedua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Nadrah Badarudin.Mahkamah membenarkan kedua tertuduh diikat jamin RM500 setiap seorang dan menetapkan 27 Okt ini untuk sebutan semula kes.Menurut laporan, tangkapan terhadap dua pelajar itu dibuat susulan laporan polis daripada doktor di sebuah klinik swasta pada Isnin lalu, memaklumkan ada merawat mangsa mengalami kecederaan melecur tahap dua di dada.Berdasarkan keterangan mangsa, dua rakannya didakwa menekan seterika pada bahagian dadanya sehingga mengakibatkan kecederaan.
Summary from source