Zaid Ibrahim berkata wakil PAS di kerajaan Negeri Sembilan perlu memastikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dipatuhi.PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa wakil PAS dalam pentadbiran Negeri Sembilan bersuara mengenai kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan memastikan prosedur ditetapkan perlembagaan negeri dipatuhi.Zaid yang menjadi ahli PAS pada Jun lalu berkata penurunan seorang pemerintah yang sedang bertakhta adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai peruntukan mengenai proses berkenaan.“PAS mesti memastikan undang-undang dipatuhi. Jika tidak, Tuanku Muhriz masih Yang Dipertuan Besar.“Tidak kira sama ada proklamasi itu dibuat oleh exco atau menteri besar,” katanya di Facebook.Zaid mengulas pertikaian mengenai kedudukan Tuanku Muhriz selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan semalam menyatakan penurunan takhta baginda pada April lalu adalah sah.Exco mendakwa proklamasi bertarikh 19 April itu ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah serta kemudiannya ditandatangani Menteri Besar Ismail Lasim pada 3 Ogos.Menurut exco, proses itu menjadikan proklamasi berkenaan sempurna mengikut Perkara 10(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, manakala Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar kini Yang Dipertuan Besar.Pendirian itu bagaimanapun bercanggah dengan Dewan Keadilan dan Undang (DKU), yang menegaskan Tuanku Muhriz masih kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Undang Luak Rembau Hassan Ab Hamid turut mempertikaikan kenyataan exco dan berkata isu utama adalah sama ada siasatan yang diperlukan telah dijalankan sebelum keputusan menurunkan takhta Tuanku Muhriz dibuat.Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan exco iaitu Adun Serting Fairuz Isa dan Adun Sikamat Razali Abu Samah.Selain Fairuz, PAS mempunyai tiga lagi Adun manakala Parti Wawasan Negara (Wawasan) diwakili tiga wakil rakyat di DUN Negeri Sembilan termasuk Razali. Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata tindakan ahli-ahli exco keluar pengumuman pada 16 Sept merupakan suatu perbuatan derhaka terhadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.PETALING JAYA: Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyeru polis mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan yang didakwa mengisytiharkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri.Sambil menyifatkan tindakan mereka sebagai perbuatan derhaka, Aminuddin berkata, proklamasi didakwa bertarikh 19 April itu, yang menjadi asas kepada kenyataan berkenaan pernah dikemukakan kepadanya untuk ditandatangani, ketika masih memegang jawatan menteri besar.Katanya, beliau enggan menandatangani dokumen itu berdasarkan sebab yang telah dinyatakan secara terbuka ketika itu, bahawa kerajaan negeri tidak dapat menerima tindakan Mubarak Dohak yang bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong."Tindakan ahli-ahli exco mengeluarkan pengumuman pada 16 Sept 2026 merupakan suatu perbuatan derhaka terhadap DYMM Tuanku Muhriz."Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap setiap ahli exco yang terlibat," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, selain itu perkara sama merujuk kepada proklamasi terbabit untuk ditandatangani tidak boleh dikemukakan semula kepada menteri besar lain empat bulan kemudian.Aminuddin berkata, tiada sebarang dakwaan pernah dikemukakan terhadap Tuanku Muhriz."Baginda juga tidak pernah diberi peluang untuk menjawab sebarang dakwaan.
Hal ini merupakan suatu pelanggaran serius terhadap prinsip keadilan asasi," katanya yang juga Ahli Parlimen Port DicksonKatanya, Pada 9 Sep, kerajaan negeri semasa telah menyatakan secara terbuka bahawa dokumen proklamasi tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang ditetapkan, selain turut menyatakan proklamasi itu tidak sah, bercanggah Perlembagaan, dan tidak boleh dilaksanakan."Namun, tujuh hari kemudian, ahli-ahli exco kerajaan negeri yang sama pula memutuskan bahawa proklamasi tersebut telah lengkap dan berkuat kuasa. Perubahan pendirian ini sukar difahami," katanya.Beliau berkata, Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), ahli EXCO tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Tuanku Muhriz.Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan t…
Summary from source