Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh Aiman Shamsul Bahrin berkata Seberang Jaya merupakan kerusi majoriti Melayu yang kali terakhir dimenangi Bersatu, faktor yang perlu diberi pertimbangan serius bagi memastikan kemenangan PN. (Gambar Facebook)GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Pemuda PAS memberi amaran kepada Gerakan supaya tidak menuntut kerusi DUN Seberang Jaya selepas bahagian Permatang Pauh parti itu meluluskan usul supaya Gerakan bertanding di kerusi berkenaan pada PRN Pulau Pinang akan datang.Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Aiman Shamsul Bahrin berkata, Seberang Jaya merupakan kerusi majoriti Melayu yang kali terakhir dimenangi Bersatu.Katanya, faktor tersebut perlu diberi pertimbangan serius bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN).Beliau menambah, hasrat bahagian Gerakan untuk bertanding di Seberang Jaya bertentangan dengan semangat kerjasama antara parti komponen PN."Lebih wajar Gerakan memperkukuhkan gerak kerja di kawasan mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang lebih besar serta membina pengaruh dan akar umbi di kawasan tersebut."Jangan sampai kerusi yang telah dimenangi oleh rakan komponen sendiri pula dijadikan sasaran,” katanya dalam kenyataan.Aiman turut berkata, usul bahagian Gerakan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa wujud usaha mencetuskan persaingan dan perpecahan dalaman dalam PN."Dalam keadaan rakyat mahukan sebuah gabungan pembangkang yang kuat, parti komponen sepatutnya memperkukuhkan kerjasama, bukannya membuka ruang kepada pertembungan sesama sendiri."Beliau berkata PN perlu mengambil iktibar daripada keputusan meletakkan Presiden Gerakan Dominic Lau di kerusi majoriti Melayu Bayan Lepas pada PRN lalu, yang menyaksikan timbalan pengerusi PN itu tewas kepada calon Amanah Azrul Mahathir Aziz.“Konflik sesama sendiri di kawasan yang berpotensi untuk menang hanya akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan,” katanya.Seberang Jaya merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang kini diwakili Ahli Parlimen PAS Fawwaz Jan.Penyandang kerusi DUN Seberang Jaya ketika ini ialah Izhar Shah Arif Shah daripada Bersatu, namun keretakan hubungan antara partinya dengan PAS berkemungkinan mencetuskan perebutan kerusi Bersatu. Permatang Pauh PAS Youth chief Aiman Shamsul Bahrin said Seberang Jaya was a Malay-majority seat last won by Bersatu, factors that must be given serious consideration to ensure victory for PN.
(Facebook pic)GEORGE TOWN: A PAS Youth leader has warned Gerakan against laying claim to the Seberang Jaya state seat after Gerakan's Permatang Pauh division approved a motion calling for the party to contest there in the next Penang polls.Permatang Pauh PAS Youth chief Aiman Shamsul Bahrin said Seberang Jaya was a Malay-majority seat last won by Bersatu.He said these factors should be given serious consideration to ensure victory for Perikatan Nasional (PN).He added that the aim of the Gerakan division to contest Seberang Jaya went against the spirit of cooperation among PN components."Gerakan would be better off strengthening its efforts in areas with a larger non-Malay electorate and building its influence and grassroots support in those areas."Don't target seats that were won by your allies," he said in a statement.Aiman also said the Gerakan division's motion could create the perception of efforts to incite internal competition and division in PN."At a time when people want a strong opposition coalition, component parties should strengthen cooperation instead of allowing room for internal conflicts."He said PN should learn from its decision to field Gerakan president Dominic Lau in the Malay-majority seat of Bayan Lepas during the last state election, which the PN deputy chairman lost to Amanah's Azrul Mahathir Aziz."Conflict among ourselves in areas with winning potential will only benefit Pakatan Harapan," he added.Seberang Jaya is one of three state seats under the Permatang Pauh parliamentary constituency, which is currently represented by PAS's Fawwaz Jan.The current Seberang Jaya assemblyman is Izhar Shah Arif Shah of Bersatu, although his party's fallout with PAS is likely to lead to a grapple for Bersatu seats.
Summary from source