Isteri Pastor Raymond Koh, Susanna Liew memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penglibatan pihak berkuasa dalam kehilangan suaminya serta cara pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan keluarga Pastor Raymond Koh untuk membatalkan perintah penangguhan pelaksanaan penghakiman bernilai lebih RM37 juta yang diberikan kepada mereka berhubung kehilangan Koh sembilan tahun lalu.Hakim Alwi Abdul Wahab memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi adalah betul dari segi undang-undang apabila mengeluarkan perintah menangguhkan pelaksanaan bayaran ganti rugi tersebut."Kami mengakui hakim bicara memerintahkan kerajaan membayar RM10,000 sehari kepada Pastor Koh bermula dari tarikh kehilangannya (13 Februari 2017) sehingga pihak berkuasa dapat menentukan keberadaannya."Jika penangguhan pelaksanaan penghakiman tidak diberikan sementara rayuan kerajaan didengar, dana awam terpaksa disalurkan. Keadaan itu tidak praktikal dari sudut pelaksanaannya," katanya.Hakim lain yang turut bersidang ialah Shahnaz Sulaiman dan Amarjeet Singh. Tiada perintah dibuat berhubung kos.Alwi berkata, mahkamah turut mengekalkan perintah penangguhan berkaitan siasatan kes kehilangan Koh.Beliau berkata isu sama ada mahkamah mempunyai kuasa mengarahkan pegawai penyiasat Supari Muhammad dan beberapa pegawai lain digugurkan daripada menyiasat kes itu akan diputuskan dalam rayuan utama.Rayuan kerajaan terhadap keputusan membabitkan kes kehilangan Koh dan aktivis Amri Che Mat dijadualkan didengar pada 30 November.Koh diculik pada 13 Februari 2017 ketika memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.
Sepanjang perbicaraan, mahkamah diberitahu lima lelaki bertopeng berpakaian seragam ala tentera berwarna hitam telah menarik Koh keluar dari kenderaannya.Isterinya, Susanna Liew, memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan berhubung dakwaan penglibatan negara dalam kehilangan Koh serta cara pihak berkuasa mengendalikan siasatan kes itu.Keluarga Koh diwakili peguam Jerald Gomez dan Steven Thiru, manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Dom.Terdahulu, Gomez berhujah tiada apa yang salah dengan perintah Mahkamah Tinggi supaya siasatan diteruskan sementara kerajaan meneruskan rayuannya."Perintah itu dibuat selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah, dengan beberapa defendan seperti Supari dikecualikan," katanya.Bagaimanapun…
Summary from source