Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham didakwa pada 20 Ogos membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham, daripada pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan membuat kenyataan di media sosial.Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan bahawa selepas menilai keterangan saksi dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan, pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.“Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya.Mahkamah juga mengarahkan wang jaminan RM4,000 dikembalikan kepada Hilman.Pada 20 Ogos, Hilman, 37, didakwa membuat kenyataan menerusi akaun TikTok, alfah.channel.tv yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 2.09 petang, 30 Julai lalu.Hilman diwakili peguam Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Abd Nor manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham.
Summary from source