HomeWorld

Lelaki dituduh bunuh anak 18 bulan

World 1 source 1 country 29m ago

Mahkamah Majistret Johor Bahru tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh anak lelakinya berusia 18 bulan pada 2023.Berita Harian melaporkan G Thevendhiran, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nurzihan Abdul Rehman, tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu yang pernah bekerja di Singapura didakwa membunuh anaknya di sebuah kondominium di Jalan Permas Selatan, Bandar Baru Permas Jaya antara 8.30 pagi hingga 10 pagi 12 Sept 2023.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dikenakan hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 1 Okt ini untuk serahan laporan ujian DNA, patologi serta forensik.Di mahkamah berasingan, Thevendhiran didenda RM3,000 dan dipenjara sebulan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.Majistret A Shaarmini memerintahkan tertuduh dipenjara, jika gagal membayar denda.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan kondominium sama pada 1 tengah hari 18 Julai lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semalam, media melaporkan polis mengklasifikasikan semula kes kematian mangsa tiga tahun lalu sebagai kes bunuh selepas bapa kandung mangsa dikenal pasti sebagai suspek utama pada 18 Julai lalu.Bayi itu disahkan meninggal dunia selepas tertuduh membawanya ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada 13 Sept 2023 dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →