HomeWorld

Loke urges N Sembilan exco to resign if they do not recognise Tuanku Muhriz

World 1 source 1 country 28m ago

Negeri Sembilan exco member Mustapha Nagoor said DAP secretary-general Loke Siew Fook should not wade into the state's royal and customs dispute.PETALING JAYA: A member of the Negeri Sembilan executive council has rejected DAP secretary-general Loke Siew Fook's call for the exco to resign from their posts if they no longer recognise Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as the state’s ruler.State youth and sports executive councillor Mustapha Nagoor told FMT that Loke should not wade into the state's royal and customs dispute."Who is he to urge us to resign? Don't interfere, sit quietly," said the Palong assemblyman from Umno.Earlier, Loke said the state exco should relinquish their posts if they do not recognise Tuanku Muhriz as Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, pointing out that they took their oaths of office before the ruler in early August.Yesterday, the state exco issued a statement affirming that Tuanku Muhriz's removal in April was legitimate and that Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar was the new ruler of Negeri Sembilan.Menteri besar Ismail Lasim endorsed the statement today, saying the decision was made unanimously when the exco convened on Tuesday.He also said the state secretary had been asked to proceed with gazetting the proclamation on Tuanku Muhriz's removal “according to the relevant regulations”.However, the Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan said the exco's decision had no legal effect and that Tuanku Muhriz remained the legitimate Yang Dipertuan Besar. Mustapha Nagoor gesa Loke Siew Fook tidak masuk campur urusan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mustapha Nagoor menolak gesaan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook supaya barisan exco negeri meletak jawatan jika tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Mustapha berkata, Loke tidak sepatutnya mencampuri urusan berkaitan adat Negeri Sembilan atau membuat desakan terhadap kedudukan barisan exco.“Siapa dia (Loke) nak mendesak (letak jawatan)."Jangan masuk campur dan duduk diam-diam,” kata Adun Palong kepada FMT sambil menggesa semua pihak merujuk kenyataan Menteri Besar Ismail Lasim mengenai keputusan sebulat suara exco pada mesyuarat Selasa lalu.Terdahulu, Loke menggesa semua exco Negeri Sembilan meletakkan jawatan jika mereka tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.Ahli Parlimen Seremban itu berkata, semua anggota exco berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz pada awal Ogos lalu susulan pembentukan kerajaan negeri selepas PRN.Semalam, exco Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 19 April lalu adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.Ismail hari ini pula berkata, setiausaha kerajaan negeri telah diminta meneruskan proses pewartaan proklamasi itu mengikut peraturan berkaitan.Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan keputusan exco berkenaan tidak mempunyai kesan undang-undang.Menurut DKU, perkara berkaitan pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang Dipertuan Besar berada dalam bidang kuasanya bawah Perkara XVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.DKU turut menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Loke Siew Fook menekankan DAP kekal berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan meletakkan jawatan sekiranya mereka tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Loke berkata semua anggota exco terbabit baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz pada awal Ogos lalu, susulan pembentukan kerajaan baharu pasca PRN Negeri Sembilan.Ahli Parlimen Seremban itu turut mempersoalkan punca kuasa exco untuk mengiktiraf proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz serta seorang pengganti berkuat kuasa serta-merta.“Sekiranya mereka kini tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka atas prinsip dan maruah, mereka sewajarnya meletakkan jawatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.Loke turut menekankan DAP kekal berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan serta menegaskan keluhuran undang-undang dan institusi diraja mesti dipertahankan.Semalam, exco Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 19 April lalu adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.Menteri Besar Ismail Lasim hari ini mengesahkan keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat exco pada Selasa dan berkata setiausaha kerajaan negeri diminta meneruskan proses pewartaan proklamasi berkenaan mengikut peraturan berkaitan.Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan keputusan exco itu tidak mempunyai kesan undang-undang kerana perkara berkaitan pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang Dipertuan Besar berada dalam bidang kuasanya di bawah Perkara XVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.DKU turut menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →