HomeWorld

Court of Appeal postpones recording of additional evidence in Rosmah case

World 1 source 1 country 27m ago

Rosmah Mansor memohon untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya terhadap sabitan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rakaman keterangan tambahan seorang saksi dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Azhahari Kamal Ramli membenarkan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Rosmah tidak membantah selepas perbincangan antara kedua-dua pihak pagi tadi.Peguam Rosmah, Amer Hamzah Arshad mengesahkan perkara itu dan berkata pihak pendakwaan memberi jaminan kepada pembelaan bahawa mereka akan mempercepatkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan terdahulu Mahkamah Rayuan yang membenarkan Rosmah mengemukakan keterangan tambahan."Jadi saya fikir demi kepentingan semua pihak, kami bersetuju supaya rayuan di Mahkamah (Persekutuan) dipercepatkan, diselesaikan dan diputuskan," katanya.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Azhahari membenarkan penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan hari ini untuk merekodkan keterangan lanjut daripada saksi pendakwaan, Rayyan Radzwill Abdullah.Azhahari mengarahkan kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan itu kepada Mahkamah Tinggi.Hakim Choo Kah Sing dan K Muniandy turut bersidang dalam panel berkenaan.Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Oktober untuk pengurusan kes.Pada 1 September, Mahkamah Rayuan mengarahkan Mahkamah Tinggi merekodkan keterangan tambahan itu dalam tempoh dua minggu selepas pengurusan kes yang diadakan pada 10 September.Rosmah sebelum ini mendapat kebenaran untuk mengemukakan bukti baharu yang terdiri daripada laporan polis, akuan berkanun yang dibuat oleh Rayyan serta dokumen sokongan.Beliau mendakwa bahan berkenaan menunjukkan Rayyan dikenakan tekanan oleh pihak pendakwaan ketika perbicaraan dan keterangannya terhadap Rosmah telah terjejas.Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak, disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 September 2022 atas tiga pertuduhan rasuah, termasuk meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor.W…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →