Ismail Sabri Yaakob berkata beliau membawa ke Kabinet cadangan menubuhkan RCI Lembaga Tabung Haji yang dicadangkan Majlis Kerja Tertinggi Umno.PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), sambil menegaskan Umno tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.Beliau berkata Umno sendiri yang meminta RCI itu ditubuhkan susulan pelbagai persoalan mengenai pengurusan TH, termasuk pemindahan asetnya kepada sebuah syarikat tujuan khas.“Dari segi Umno, sangat jelas bahawa kita yang mahu RCI ditubuhkan.“Kalau siasatan sudah selesai, tidak perlulah disimpan. Keluarkan apa yang ada dan sesiapa yang bersalah perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri program sembang santai bersama calon Barisan Nasional (BN) DUN Lenggeng Mohd Asna Amin di Seremban.Ismail yang juga bekas naib presiden Umno berkata cadangan menubuhkan RCI itu diluluskan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan sebelum dibawanya ke Jemaah Menteri ketika beliau berada dalam kerajaan pada 2021.Menurutnya, siasatan itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak, tetapi bagi mencari kebenaran ketika TH berdepan pelbagai dakwaan dan serangan politik.“Sebab itu, jalan terbaik adalah membiarkan RCI dipengerusikan individu yang tiada kaitan dengan politik. Ahlinya juga bukan orang politik dan pelantikan mereka diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.“Umno tiada apa yang mahu disorok dalam isu ini.
Kalau siasatan sudah selesai, bentangkan kepada rakyat supaya mereka tahu perkara sebenar berlaku,” katanya.RCI berkenaan ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020, termasuk perkara dibangkitkan dalam audit oleh PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Roland Berger.Suruhanjaya itu dipengerusikan bekas ketua hakim negara Mohamed Raus Sharif.Kabinet dijadual memutuskan hari ini sama ada laporan RCI itu akan didedahkan kepada umum.Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata sebarang tindakan susulan perlu melalui proses undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak. Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata pengundi perlu menilai sama ada Umno yang tewas dalam PRU 2018 dan 2022 telah menggantikan kepimpinan 'kleptokrat dan kakistokrat' dengan individu yang lebih baik. PETALING JAYA: Wartawan veteran A Kadir Jasin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu cepat menyokong Umno, dengan berkata kepimpinan parti itu masih belum meninggalkan cara lama mereka.
Kadir berkata, dengan beberapa PRN dan PRU16 yang bakal berlangsung, pengundi perlu menilai sama ada Umno yang tewas dalam PRU 2018 dan 2022 sudah menggantikan kepimpinan 'kleptokrat dan kakistokrat' dengan individu yang lebih baik. "Minta maaflah kalau saya kata, orang Melayu belum boleh tergesa-gesa memberi cek kosong kepada Umno," katanya di Facebook. Beliau berkata demikian kerana kepimpinan tertinggi Umno masih menunjukkan tanda-tanda pemerintahan yang bersifat 'kleptokrat dan kakistokrat'.
Kleptokrasi merujuk kepada sistem pemerintahan apabila pemimpin politik atau pegawai kanan kerajaan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk menyeleweng dana awam demi kepentingan peribadi. Kakistokrasi pula merujuk kepada sistem pemerintahan yang diterajui oleh golongan paling kurang layak, tidak cekap dan korup. Kadir berkata, apa jua gambaran Umno terhadap dirinya sama ada sebagai sebuah 'rumah', 'payung', 'kapal' atau apa-apa bentuk perlindungan kepada penyokongnya, perkara paling penting ialah kepimpinannya.
"Walaupun di sana sini ternampak kerlipan bintang harapan, tetapi ia belum cukup terang untuk menyuluh jalan keluar. Bintang-bintang sakarat masih memenuhi cakerawala Umno. "Menurut ilmu kaji bintang, bintang-bintang sakarat ini menyala dengan amat terang sebelum padam," katanya.
Beliau turut memetik kata-kata pengasas Umno, Onn Jaafar, yang pernah berkata: "Melawan Malayan Union itu perkara kecil, yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."
Summary from source