HomeWorld

Kajang Prison becomes media focus following Najib's conditional pardon

World 1 source 1 country 14m ago

Rafizi Ramli turut gesa proses tahanan rumah Najib Razak dilaksanakan secara ‘senyap’ bagi mengelakkan reaksi orang ramai terus memuncak.PETALING JAYA: Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan semua syarat yang dikenakan terhadap tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.Rafizi berkata langkah itu sekurang-kurangnya perlu dilakukan kepada rakyat susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib hari ini."Biarlah rakyat biasa menjadi mata dan telinga masyarakat supaya pelepasan tahanan di rumah ini dilaksanakan secara tegas mengikut syarat-syarat dikenakan,” katanya dalam kenyataan.Najib diberikan pengampunan bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat lain.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata bekas perdana menteri itu perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan atau pengampunan bersyarat tersebut akan dibatalkan.Bagaimanapun, butiran syarat berkenaan tidak dinyatakan.Rafizi berkata reaksi rakyat terhadap pengampunan bersyarat itu sememangnya berbeza, dengan ada yang marah dan kecewa, manakala sebahagian lain gembira dengan keputusan tersebut.Katanya, Anwar serta kepimpinan PH daripada PKR, DAP dan Amanah bertanggungjawab memberikan penjelasan dan tidak seharusnya sekadar mengulangi bahawa perkara itu di luar kawalan mereka.“Ini bukan soal politik, tetapi soal hutang Anwar dan PH kepada rakyat berhubung 1MDB, khususnya individu yang tidak dikenali ramai yang mengambil risiko besar ketika menjalankan tugas sehingga isu 1MDB diketahui umum,” katanya.Bekas timbalan presiden PKR itu berkata skandal berkenaan turut mendorong sebahagian rakyat yang sebelum ini tidak pernah mengundi PH untuk menyokong gabungan itu pada pilihan raya umum 2018.“Oleh itu, sewajarnya Anwar dan kepimpinan PH menjelaskan kepada rakyat mengenai tahanan rumah yang diberikan kepada Najib, walaupun sekadar untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang kecewa dengan keputusan itu,” katanya.Rafizi turut menggesa supaya proses tahanan rumah itu selepas ini dilaksanakan secara “senyap” bagi mengelakkan reaksi orang ramai terus memuncak.“Kepada Najib, keluarganya dan penyokong mereka, saya harap … Sebahagian pengamal media ketika menunggu di luar perkarangan Penjara Kajang susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.KAJANG: Penjara Kajang kembali menjadi tumpuan apabila ia dikerumuni pengamal media yang mula berkampung sejak 8 pagi tadi bagi menantikan sebarang perkembangan terkini mengenai status bekas perdana menteri Najib Razak.Sebelum itu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) mengesahkan bahawa Najib telah diberi pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pergerakan yang dilihat dari mana-mana pihak termasuk dari ahli keluarga Najib.Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan, berkata tahanan rumah yang diberikan kepada Najib tertakluk sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu membayar denda RM50 juta."Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.“Beliau hendaklah mematuhi syarat ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat itu, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya.Ia bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wujud syarat lain perlu dipatuhi Najib untuk menerima pengampunan bersyarat itu.Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan di Penjara Kajang selepas LPWP mengurangkan separuh hukuman asalnya selama 12 tahun pada Februari 2024.Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.Najib sedang merayu terhadap sabitan itu. Bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.PETALING JAYA: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah sehingga Ogos 2028, secara bersyarat.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata ia tertakluk sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu membayar denda RM50 juta."Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta."Beliau hendaklah mematuhi syarat ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat itu, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara," katanya.Jabatan itu bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wujud syarat lain perlu dipatuhi Najib untuk menerima pengampunan bersyarat itu.

Terdahulu, media melaporkan LPWP bermesyuarat semula di Istana Negara hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas presiden Umno itu seminggu selepas pertimbangannya ditangguhkan.LPWP dipengerusikan Sultan Ibrahim dan turut dianggotai Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda.Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan di Penjara Kajang selepas LPWP mengurangkan separuh hukuman asalnya selama 12 tahun pada Februari 2024.Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.Najib sedang merayu terhadap sabitan itu.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →