Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mahu pemimpin PKR, Dr N Sathia Prakash, tarik balik tuduhan.PETALING JAYA: Pemuda PAS menuduh Dr N Sathia Prakash daripada PKR memanipulasikan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sanusi Nor, dengan mendakwa beliau menyebut masyarakat Cina dan India 'balik' ke China dan India.Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata Sathia telah menambah perkataan 'balik' dalam kenyataan Sanusi, yang mengubah keseluruhan maksud ucapan pemimpin PAS itu dan memberi gambaran palsu bahawa beliau mahu menghalau rakyat Malaysia berdasarkan kaum.Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap penyebaran dakwaan tersebut, agar pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur hasutan, penyebaran maklumat palsu, serta perbuatan yang boleh mencetuskan permusuhan antara kaum."Berbeza politik bukan lesen untuk memfitnah. Jangan bakar sentimen perkauman demi kepentingan politik," menurut kenyataan.Pemuda PAS juga mahu Sathia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.FMT sedang mendapatkan ulasan Sathia.Sanusi dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya dalam satu ceramah sempena PRN Negeri Sembilan.Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, "Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.
Melayu di sini saja."Semalam, Sanusi berkata kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.Sathia, yang merupakan pengarah pilihan raya PKR Selangor, membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS itu, semalam. PAS Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden said PKR's Dr N Sathia Prakash should withdraw his allegations and apologise publicly.PETALING JAYA: PAS Youth has accused PKR's Dr N Sathia Prakash of twisting Kedah menteri besar Sanusi Nor's remarks by claiming the latter told Chinese and Indians to "go back" to China and India.PAS Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden said a police report would be lodged against Sathia for alleged sedition and purportedly trying to cause racial hostility.“Having different political views is not a licence to defame others. Do not inflame racial sentiments for political interests,” Afnan said in a statement.The Alor Setar MP said Sathia had added the word "go back" to Sanusi's remarks, changing the meaning of the Perikatan Nasional election director's statement and falsely suggesting he wanted non-Malays expelled because of their race.Afnan demanded that Sathia withdraw the allegation and apologise publicly.FMT has reached out to Sathia for comment.Sanusi stirred controversy after suggesting that different ethnic groups in Malaysia could fall back on ancestral homelands outside the country.Sathia, who is the Selangor PKR election director, lodged a police report against the PAS leader yesterday.
Summary from source